MH17: Hakim ICJ Putuskan Kes Ukraine Terhadap Russia Rabu Ini

Kes pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine didakwa dilakukan tentera Russia pada 17 Julai 2014 akan didengar Rabu ini. Foto Getty Images

THE HAGUE, 26 JanHakim Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) akan membuat keputusan Rabu ini terhadap dakwaan Ukraine bahawa Russia melanggar perjanjian antikeganasan dengan membiayai tentera pro-Russia, termasuk dalam insiden militia menembak jatuh pesawat penumpang dan diskriminasi.

Dalam kes di hadapan ICJ, mahkamah tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), yang dilancarkan pada 2017 dan sebelum pencerobohan Russia ke atas Ukraine pada 2022.

Kyiv berkata Russia melengkapkan dan membiayai pasukan pro-Russia di timur Ukraine, termasuk militia menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17, mengorbankan semua 298 penumpang dan anak kapal, pada Julai 2014.

Kes pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine didakwa dilakukan tentera Russia pada 17 Julai 2014 akan didengar Rabu ini. Foto Getty Images

Ukraine juga mengatakan Russia melanggar perjanjian antidiskriminasi PBB dengan cuba memadamkan budaya etnik Tatar dan Ukraine di Crimea, yang diilhak oleh Russia dari Ukraine pada 2014.

Russia menafikan pencabulan hak asasi manusia yang sistematik di wilayah Ukraine yang didudukinya. Ia juga mengatakan ia telah memenuhi kewajipannya di bawah perjanjian PBB menentang pembiayaan keganasan.

Penghakiman ICJ, juga dikenali sebagai Mahkamah Dunia, adalah muktamad dan tanpa rayuan tetapi mahkamah tidak mempunyai cara untuk menguatkuasakan keputusannya.

Terdapat kes berasingan Ukraine terhadap Russia di ICJ yang menangani dakwaan pelanggaran Konvensyen Genosid 1948 oleh Moscow. Kes itu sedang menunggu keputusan terhadap tindakan Russia mencabar bidang kuasa mahkamah sebelum ia boleh diteruskan. – REUTERS


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *