Merdeka 67: Terus Harmonikan Perpaduan, Hormati Kepelbagaian – Wendy Agong

Ketua Cabang KEADILAN Sipitang Wendy Agong Baruh (duduk, bertopi) berkata hormat menghormati dalam masyarakat berbilang kaum dan agama adalah amalan mulia rakyat Malaysia. Foto Facebook Wendy Agong Baruh

SIPITANG, 31 Ogos – Keharmonian rakyat perlu sentiasa hidup dalam dan terus dipupuk dalam kalangan masyarakat yang terdiri daripada berbilang bangsa di Sabah sempena Hari Kebangsaan 2024 dan Hari Sabah 2024.

Kekuatan perpaduan menurut Ketua Cabang KEADILAN Sipitang Wendy Agong Baruh termasuk hormat menghormati dalam masyarakat berbilang kaum dan agama adalah amalan mulia rakyat Malaysia serta dipraktikkan sekian lama di Sabah.

“Walaupun pelbagai tema Hari Kebangsaan telah diguna pakai setiap tahun seperti Rakyat Didahulukan, Janji ditepati, Wawasan 2020, Transformasi Nasional (TN50) tetapi masalah serta cabaran masih menghimpit masyarakat khususnya di Sipitang.

“Sipitang juga kini berhadapan dengan pelbagai cabaran seperti perkhidmatan bekalan air yang tidak menentu, kualiti bekalan air kurang memuaskan sehinggakan penduduk mengeluh isu bekalan air belum dapat diatasi dengan sewajarnya.

“Masyarakat di sini juga sentiasa mengalami masalah bekalan elektrik yang tidak stabil…ini semua masalah yang dihadapi masyarakat di sini sejak dahulu lagi,” katanya.

Wendy turut mengingatkan isu infrastruktur yang telah wujud lebih 35 tahun itu dapat diselesaikan oleh kerajaan MADANI hari ini hanya dalam tempoh 20 bulan saja.

Katanya, keadaan jalan raya yang rosak, sempit serta kawasan riadah di beberapa kawasan seperti Sindumin dan daerah sekitarnya masih tidak teratur menjadi masalah kepada penduduk.

“Kemudahan di kawasan itu telah ketinggalan zaman dan pada masa sama ia adalah satu-satunya kawasan sempadan dengan Sarawak untuk penduduk menjalankan kegiatan ekonomi bagi meneruskan kehidupan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) bertemu dan bersalaman dengan orang ramai selepas berakhirnya sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 di Dataran Putrajaya, pagi tadi. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Kerajaan negeri kini perlu bersikap positif dan mengambil inisiatif serta langkah baharu bagi membangunkan sektor pelancongan, pertanian dan penternakan sekali gus memperkasakan ekonomi Sipitang.

“Sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah ini, saya dan keluarga mendoakan agar semua lapisan masyarakat terus bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan berharap impian setiap rakyat negeri ini dapat dicapai sekali gus Malaysia kekal aman dan maju ke hadapan,” katanya.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *