Menantu Muhyiddin Tetap Akan Hadapi Pertuduhan Pecah Amanah Jenayah

Menantu Muhyiddin, Adlan Berhan masih tidak menyerah diri kepada pihak berkuasa walaupun Interpol telah mengeluarkan notis merah. Foto SPRM

KUALA LUMPUR, 22 Feb – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan menantu kepada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pulang ke tanah air bagi menjalani pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, kertas siasatan membabitkan menantu Presiden Bersatu itu, Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan, 48, telah selesai.

“Jadi, kita telah hantar kertas siasatan itu bagi pertuduhan di Mahkamah,” Katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Konvokesyen Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) kali-10 di Dewan Tun Hussien Onn, di sini, hari ini.

Oktober tahun lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain mengesahkan telah menyerahkan dokumen diperlukan kepada Interpol, untuk permohonan Notis Merah terhadap Muhammad Adlan dan peguam, Mansoor Saat, 69.

Muhamad Adlan dikatakan sedang menyelesaikan urusan kerja dalam tempoh beberapa minggu selepas dia keluar dari negara ini pada 17 Mei tahun lalu.

Namun, sejak tarikh tersebut dia terus memberi alasan-alasan tertentu dan tidak juga kembali ke tanah air.

Menantu Muhyiddin, Adlan Berhan masih tidak menyerah diri kepada pihak berkuasa walaupun Interpol telah mengeluarkan notis merah. Foto SPRM

Semakan rekod oleh SPRM juga mendapati kedua-dua individu terbabit sudah meninggalkan Malaysia, masing-masing pada 17 Mei dan 21 Mei tahun lalu.

Tindakan memangil Muhammad Adlan dilakukan SPRM membabitkan kes penyelewengan projek pendaftaran, pengambilan dan penyimpanan biometrik pekerja asing bagi sebuah kementerian.

SPRM Buru Dua Individu Termasuk Menantu Muhyiddin

Manakala, keterangan Mansoor pula telah diambil sebelum ini namun dia dipanggil semula bagi melengkapkan siasatan.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *