Media Sosial, AI Jadi Pilihan Parti Imran Khan Untuk Berkempen

Rakyat Pakistan kini menerima bahan kempen PTI yang diketuai Imran Khan menerusi media sosial dan AI. Foto Getty Images

RAWALPINDI, 4 FebParti bekas Perdana Menteri, Imran Khan mentakrifkan semula kempen pilihan rayanya di Pakistan dengan menggunakan media sosial dan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi menarik sokongan rakyat selepas berdepan sekatan.

Khan di penjara menjelang bermulanya kempen pilihan raya manakala parti pimpinannya, Pakistan Tehreek-e-Insaaf (PTI) dilarang daripada berkempen selain tidak dibenarkan muncul di televisyen.

Tapisan juga dilakukan selepas itu, namun partinya terus berusaha berkempen menerusi dalam talian.

“Mereka boleh melarang apa juga yang mereka mahu. Mereka boleh mengharamkan YouTube dan TikTok.

“Apa saja mereka mahu, tapi undi tetap kepada Imran Khan,” kata Imran Aziz, 18, yang bakal mengundi kali pertama kepada AFP di sini.

Rakyat Pakistan kini menerima bahan kempen PTI yang diketuai Imran Khan menerusi media sosial dan AI. Foto Getty Images

Badan pemantau kebebasan internet Pakistan, Bytes 4 All merekodkan penutupan media sosial selama empat jam pada bulan lalu dengan memotong akses kepada TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube manakala PTI pimpinan Khan distrim secara langsung kepada penyokongnya.

Kerajaan kemudian menyalahkan ketiadaan bekalan tenaga sebagai punca dengan mengaitkan ia `kesukaran teknikal’

Laman sesawang utama PTI juga disekat bulan lalu, namun dalam beberapa jam, muncul laman sesawang palsu untuk mengelirukan pengundi.

Aktivis berkata mereka sudah menurunkan laman sesawang palsu itu tetapi laman sesawang calon mereka sendiri masih disekat.

Pun begitu, kaedah berkenaan bukanlah baru kerana ia juga digunakan oleh Khan ketika berkuasa, namun aktivis menyifatkan tinkan keras itu `tidak pernah berlaku sebelum ini’.

Khan dalam pada itu berkata kempen menentang beliau itu adalah sebagai usaha kerajaan dan tentera untuk menghalang daripada kembali berkuasa selepas penganalisis berkata beliau tidak lagi sealiran dengan Jeneral Tentera – penentu kuasa di Pakistan.

Biarpun terdapat sekatan, PTI masih kekal jauh di hadapan pesaingnya menerusi kempen dalam talian dengan penduduk muda Pakistan selain berpuluh-puluh juta menonton strim langsung mereka.

PTI juga menjadi parti pertama yang menggunakan teknologi pengklonan suara AI – mengeluarkan ucapan baharu oleh Khan

Sementara itu, Pengarah Bytes 4 All, Shahzad Ahmed bersetuju di negara yang mempunyai lebih daripada 70 juta pengguna media sosial dan umur di bawah 21 tahun itu, tindakan `penutupan berkenaan sebagai tidak produktif’.

“Golongan belia pantas mengguna pakai teknologi baharu untuk memintas sekatan sedemikian,” katanya sambil menunjuk kepada penggunaan rangkaian persendirian maya (VPN).

Peguam, Jibran Nasir yang membawa kerajaan ke mahkamah berhubung penutupan media sosial, berkata ia menetapkan situasi itu berbahaya untuk masa depan dan melanggar hak perlembagaan rakyat.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *