MB Negeri Sembilan Setuju Projek Dilaksana Secara Tender

Aminuddin yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan dan Ahli Parlimen Port Dickson menyokong penuh pelaksanaan projek dilakukan menerusi sistem tender pada perbahasan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat pada Isnin. Foto: Facebook Menteri Besar Negeri Sembilan

KUALA LUMPUR, 28 Feb – Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, beliau bersetuju pelaksanaan projek dilaksanakan secara tender supaya menjamin nilai faedah terbaik dan memberi penjimatan kepada kerajaan.

Beliau bersetuju dengan keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merangkap Menteri Kewangan bahawa projek-projek yang dilaksanakan perlu menerusi sistem tender seperti yang diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2023 pada 24 November lalu.

Ini termasuk pada ketika membangunkan infrastruktur baharu, kerajaan juga harus melihat bangunan yang sedang dalam pembinaan bagi memaksimumkan faedah kepada rakyat malah menjamin nilai faedah terbaik dan memberi penjimatan kepada kerajaan.

“Terdapat beberapa projek infrastruktur kesihatan dalam kategori sakit atau dalam perhatian seperti Klinik Kesihatan Tampin, Hospital Tuanku Ampuan Najihah Kuala Pilah, Pusat Pakar Pergigian Seremban.

“Justeru saya telah berhujah di Parlimen bahawa dalam membangunkan infrastruktur baru, kita juga harus melihat bangunan yang sedang dalam pembinaan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun yakin penaik tarafan Hospital Jelebu akan memberi manfaat terus kepada penduduk sekitar selain mampu mengurangkan kesesakan kemudahan kesihatan di negeri ini. Foto: Facebook Menteri Besar Negeri Sembilan

“Bagi merealisasikan perkara tersebut, saya amat menyokong YAB Tambun agar projek cakna dapat dilaksanakan secara tender supaya menjamin nilai faedah terbaik dan memberi penjimatan kepada kerajaan,” katanya.

“Saya berharap agar kerajaan dapat meneliti projek sakit dan memberi keutamaan untuk projek ini disiapkan segera untuk kemudahan dan keselesaan rakyat,” tambahnya.

Antara projek berimpak tinggi yang akan dilaksanakan di negeri ini ialah pembinaan jalan dari Kem Senawang ke Taman Bandar Senawang dengan anggaran kos sebanyak RM8 juta.

Selain itu, penaik tarafan Hospital Jelebu juga memberi keselesaan kepada lebih 30 ribu penduduk sekitar bagi mengurangkan kesesakan di Hospital Tuanku Jaafar di Seremban.

Ikuti platform media sosial rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan seperti berikut:

Facebook: https://fb.com/dsaminuddinharun

Twitter: https://twitter.com/dsaminuddin

Instagram: https://instagram.com/dsaminuddinharun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *