Maybank Selenggara Sistem 14 Januari, Perkhidmatan Bakal Terganggu

Ibu pejabat Maybank Singapura di pusat kewangan Asia republik itu. Foto Arkib
KUALA LUMPUR, 7 Jan – Beberapa perkhidmatan perbankan Malayan Banking Berhad (Maybank) akan tergendala pada 14 Januari 2024 berikutan terdapatnya penyelenggaraan sistem berjadual akan dilakukan pada hari berkenaan.
Maybank menerusi notis di Maybank2U memaklumkan, perkhidmatan seperti laman Maybank2u (web dan aplikasi), aplikasi MAE dan Maybank2u Biz tidak boleh diakses buat sementara di antara jam 3 hingga 6 pagi.
Justeru, pengguna dinasihatkan melakukan pelbagai urusan perbankan sebelum gangguan berlaku dan pihak Maybank memohon maaf atas kesulitan yang berlaku.
Untuk maklumat lanjut atau bantuan, pengguna boleh terus menghubungi Maybank di talian 1-300-88-6688 (Malaysia).
