Masters China: Pasangan ‘Siam’ Malukan Tang Jie-Ee Wei

Beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei tunduk kepada pasangan Thailand dalam perlawanan straight set 21–8, 21-17 di Shenzen Arena pada 21 September 2025. Foto BAM
SHENZEN, 21 Sep – Beregu campuran Thailand, Dechapol Puacaranukroh-Supissara Paewsampran terus menjadi penghalang kepada Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mencipta sejarah menjadi beregu pertama dari luar merangkul kejuaraan Master China, sebentar tadi.
Juara dunia itu seakan tidak memperolehi motivasi apabila tunduk mudah 8-21, 17-21 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Shenzen Arena hanya dalam masa tidak sampai 40 minit.
Berdasarkan rekod, tiada lagi beregu luar memenangi acara berkenaan dengan gandingan China berentap sesama sendiri di final sejak kejohanan itu diperkenalkan pada 2005.

Kekalahan mereka menutup episod duka kem badminton negara yang kecundang menerusi Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang tersingkir di separuh akhir semalam dan Pearly Tan-M Thinaah yang juga kandas di suku akhir.
Permainan Tang Jie-Ee Wei seakan serba tidak menjadi hari ini dan membawa padah kepada mereka apabila membiarkan beregu Thailand menguasai gelanggang pada kedudukan 17-5 sebelum tewas mudah 8-21 pada set pertama.
Set kedua pula memperlihatkan kebangkitan mereka namun kesilapan mudah Tang Jie-Ee Wei meleburkan impian peminat badminton negara apabila kalah 17-21.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
