Mansuh Pencen Turut Terpakai Kepada Wakil Rakyat – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjawab pertanyaan pemberita selepas menjamu selera di Desa Sri Hartamas pada Jumaat. Foto Astro Awani

KUALA LUMPUR, 26 JanCadangan lantikan penjawat awam tidak berpencen juga terpakai kepada ahli politik yang berjawatan termasuk wakil rakyat, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, secara prinsipnya kerajaan bersetuju dengan keputusan berhubung pemansuhan pencen kakitangan awam.

“Kalau kita mula pada 1 Februari 2024, semua kemasukan baharu itu tidak berpencen, maka itu juga sama untuk semua pelantikan baharu (termasuk) ahli politik.

“Jadi ada orang kata mengapa tidak (ahli politik), tidak soal lain ada yang pernah jadi menteri besar, jadi menteri, kemudian jadi timbalan perdana menteri.

“Itu menunjukkan Perlembagaan kita boleh kaji tapi tak boleh kebelakangkan retrospektif,” katanya kepada pemberita ketika makan tengah hari bersama rakyat di Desa Sri Hartamas, di sini pada Jumaat.

Yang turut hadir Menteri Belia dan Sukan merangkap Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *