Malaysia Terus Menarik Minat Pelabur Asia Barat – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Presiden Islamic Chamber of Commerce, Industry and Agriculture (ICCIA), Sheikh Abdullah Saleh Kamel di Putrajaya. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 23 FebMalaysia terus menarik minat pelabur asing termasuk dari rantau Asia Barat, menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, hari ini beliau menerima kunjungan hormat Presiden Islamic Chamber of Commerce, Industry and Agriculture (ICCIA), Sheikh Abdullah Saleh Kamel dan Setiausaha Agung ICCIA, Youseff Khalawi serta wakil Dallah AlBaraka Group, Datuk Dr Vaseehar Hassan Abdul Razack.

“Pertemuan ini amat bermakna kerana Malaysia terus berjaya menarik minat pelabur asing termasuk daripada Asia Barat.

“Saya berkongsi bahawa semalam kerajaan mengumumkan pencapaian pelaburan diluluskan tertinggi dalam sejarah negara bagi tahun 2023 iaitu RM329.5 bilion,” katanya dalam Facebook hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pertemuan ini amat bermakna kerana Malaysia terus berjaya menarik minat pelabur asing termasuk daripada Asia Barat. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Katanya, Sheikh Abdullah memaklumkan perancangan dan potensi pelaburan terutamanya dari syarikat Arab Saudi ke Malaysia.

“Selain itu, saya ketengahkan kepentingan dukungan peluang kepada usahawan-usahawan Malaysia bagi projek-projek di Arab Saudi yang terkait.

“Ini penting bagi memastikan syarikat dan tenaga kerja Malaysia berkembang dan memperolehi kemahiran dari pelbagai negara,” katanya.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *