Malaysia Teliti Keputusan Mahkamah AS, Langkah Tarif Trump

Mahkamah Agung AS pada 20 Februari 2026 membatalkan sebahagian besar daripada langkah tarif yang diperkenalkan Trump pada 1 Ogos 2025.

KUALA LUMPUR, 21 Feb – Malaysia sedang menilai implikasi keputusan Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) dan tarif baharu yang diumumkan oleh Presiden AS Donald Trump.

Dalam satu kenyataan hari ini, MITI berkata, Malaysia mengambil maklum mengenai keputusan mahkamah tertinggi AS yang disampaikan pada 20 Februari dan sedang meneliti semula perkembangan undang-undang dan dasar terkini AS.

Untuk rekod, Malaysia telah memeterai Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) tetapi belum meratifikasi perjanjian itu.

Keputusan itu adalah tamparan besar kepada Trump, yang pada tahun lepas menggunakan undang-undang darurat era 1970-an untuk mengenakan tarif lebih tinggi dengan pantas tanpa kelulusan Kongres pada 20 Februari 2026. Foto Fox News

Ia sambil memaklumkan bahawa Washington masih mempunyai saluran perundangan lain untuk melaksanakan langkah perdagangan termasuk tarif unilateral.

Pada Jumaat, media melaporkan bahawa Mahkamah Agung itu membatalkan sebahagian besar daripada langkah tarif yang diperkenalkan Trump sebelum ini, dengan memutuskan bahawa beliau tidak mempunyai kuasa di bawah undang-undang AS untuk mengenakan tarif menyeluruh secara unilateral.

AS adalah rakan dagang utama bagi Malaysia (US$1 = RM3.90) dengan Keluaran Dalam Negara Kasar kira-kira US$31 trilion.

Trump mula menguat kuasakan perintah tarif ke atas negara-negara penting bermula 1 Ogos 2025.

Pada 2025, jumlah perdagangan antara kedua-dua negara mencecah sekitar RM367 bilion, termasuk RM233 bilion eksport Malaysia ke AS.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *