Malaysia Sedia Tingkat Hubungan Dua Hala Dengan Pakistan – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sesi perbualan telefon dengan Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif pada Isnin. Foto Instagram Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 5 Mac – Malaysia bersedia untuk bekerjasama dalam meningkatkan hubungan dua hala khususnya berkaitan pelaburan serta perdagangan dengan Pakistan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi satu hantaran di laman Facebook memaklumkan demikian ketika menghubungi Shehbaz Sharif untuk mengucapkan tahniah atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri baharu Pakistan.

“Kami sempat bertukar pandangan dan penghargaan antara satu sama lain selain menopang peluang untuk pertemuan di Pakistan mahu pun jemputan ke Malaysia dalam masa terdekat,” katanya dalam hantaran tersebut.

Datuk Seri Anwar turut menitipkan sokongan berkaitan agenda pembangunan dirancang Pakistan dan bersedia untuk bekerjasama dalam meningkatkan hubungan dua hala khususnya berkaitan pelaburan serta perdagangan.

Katanya, Pakistan turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan Malaysia atas kelantangan suara dan mesej berkaitan Palestin selain terkait dengan isu dunia Islam mutakhir ini.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *