Malaysia Sambut Hari Raya Aidiladha 17 Jun

Mohd Aseral ketika mengumumkan sambutan Hari Raya Aidiladha yang jatuh pada 17 Jun ini bersamaan 10 Zulhijjah 1445 Hijrah melalui saluran televisyen tempatan pada Jumaat. Foto RTM
KUALA LUMPUR, 7 Jun – Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 17 Jun ini iaitu bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1445 Hijrah.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Datuk Mohd Aseral Jusman pada Jumaat selaras titah Raja-Raja Melayu.
Pengumuman itu juga turut disiarkan di stesen televisyen dan radio tempatan serta di platform media sosial.
Terdahulu Arab Saudi mengumumkan Hari Wukuf di Arafah jatuh pada 16 Jun iaitu 9 Zulhijjah.
Aidiladha merupakan sambutan hari raya kedua selepas Aidilfitri dalam kalender Hijrah dan disambut lebih 1.3 bilion umat Islam di seluruh dunia.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

