Malaysia Raih Potensi Pelaburan RM1.45 Bilion, Eksport RM550 Juta Dari Jepun

Lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selama tiga hari ke Jepun berjaya membawa pulang potensi pelaburan sebanyak RM1.45 bilion dan potensi eksport sebanyak RM550 juta. Foto Facebook Anwar Ibrahim

TOKYO, 24 Mei – Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) memberitahu Malaysia meraih potensi pelaburan RM1.45 bilion dan eksport bernilai RM550 juta daripada syarikat Jepun.

Ia diperoleh hasil pertemuan diadakan sempena lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negara itu bermula 22 hingga 24 Mei, 2024.

Menerusi pelaburan itu, beberapa projek akan dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun bermula secepat mungkin setelah proses pemudah cara dilakukan Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia (MIDA).

Lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selama tiga hari ke Jepun berjaya membawa pulang potensi pelaburan sebanyak RM1.45 bilion dan potensi eksport sebanyak RM550 juta. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Ia bakal membantu Malaysia mewujudkan ekosistem kukuh dalam sektor semikonduktor, tenaga boleh baharu dan teknologi hijau.

Manakala beberapa projek merupakan pemangkin penting ke arah mencapai matlamat pelepasan karbon sifar bersih Malaysia menjelang 2050.

Antara syarikat yang terlibat dalam perbincangan bersama MITI ialah Tokuyama Corporation, Sumitomo Corporation, ENEOS Holdings, Mitsubishi Corporation dan Tokyo Gas.

Lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selama tiga hari ke Jepun berjaya membawa pulang potensi pelaburan sebanyak RM1.45 bilion dan potensi eksport sebanyak RM550 juta. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dalam kenyataan berkata, peluasan projek oleh pelabur Jepun merentasi pelbagai sektor strategik, turut mencerminkan keyakinan berterusan terhadap landskap perindustrian Malaysia.

Jepun merupakan rakan dagang keempat terbesar negara tahun lalu dan pelabur keempat terbesar dalam sektor pembuatan.

Setakat 2023, sejumlah 2,810 projek pembuatan telah dilaksanakan, dengan jumlah pelaburan RM102.11 bilion yang mewujudkan lebih 344,000 peluang pekerjaan.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata beliau turut menegaskan supaya komitmen semua syarikat dalam pertemuan pada Khamis disusuli secara rapi supaya pelaburan ke dalam negara dapat direalisasikan dalam masa ditetapkan.

“Dengan adanya interaksi kerajaan dengan para pelabur seperti ini akan terus memberikan peluang yang besar buat negara kita bagi menarik lebih banyak pelaburan daripada Jepun, Insya-Allah,” katanya.

Untuk rekod, ketika Anwar berada di Tokyo pada Disember tahun lalu sempena Ulang Tahun Peringatan ASEAN-Jepun ke-50, MITI berjaya memperoleh sejumlah RM29.6 bilion pelaburan berpotensi dan RM2.8 bilion potensi eksport tahun lalu dari Jepun.

Tengku Datuk Seri Zafrul berkata MITI telah mencapai RM6.6 bilion daripada potensi pelaburan langsung asing (FDI) dan RM700 juta potensi eksport melalui Misi Perdagangan dan Pelaburan ke Jepun ketika itu.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *