Malaysia, New Zealand Senada Gencatan Senjata Di Gaza Harus Dilaksana Segera – PM Anwar

Biarpun baru kali pertama bertemu, keakraban Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan rakan sejawatnya dari New Zealand, Christopher Luxon jelas terserlah pada pertemuan di Melbourne, Australia. Foto Instagram Anwar Ibrahim

MELBOURNE, 5 Mac – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim senada dengan Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon bahawa gencatan senjata di Gaza harus dilaksanakan segera.

Kedua-dua pemimpin itu menyatakan hasrat berkenaan pada pertemuan yang berlangsung semasa sela masa Persidangan Khas Peringatan Ulang Tahun Hubungan ASEAN-Australia ke-50 di Melbourne, Australia hari ini.

Selain itu Anwar dan Christopher turut sepakat mahukan kerjasama antara Malaysia dan New Zealand lebih banyak tertumpu pada sektor pertanian, keselamatan makanan, tenaga boleh diperbaharui serta belia dan sukan bagi meneroka situasi menang-menang dalam sektor terbabit.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi, Anwar turut menyatakan penghargaan New Zealand kepada Malaysia atas sokongan berterusan terkait insiden serangan berdarah yang berlaku Masjid Christchurch beberapa tahun lalu.

Biarpun baru kali pertama bertemu, keakraban Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan rakan sejawatnya dari New Zealand, Christopher Luxon jelas terserlah pada pertemuan di Melbourne, Australia. Foto Instagram Anwar Ibrahim

“Dalam perbincangan, kami senada mahukan kerjasama Malaysia dan New Zealand lebih banyak tertumpu pada sektor pertanian, keselamatan makanan, tenaga boleh diperbaharui serta belia dan sukan dan meneroka situasi menang-menang bagi kedua-dua negara dalam sektor berkenaan.

“Terkait isu global seperti krisis kekejaman ketidakperimanusiaan di Palestin, kami sepakat menuntut gencatan senjata dimulakan segera.

“New Zealand turut menzahirkan penghargaan kepada Malaysia di atas sokongan berhubung insiden serangan Masjid Christchurch beberapa tahun lalu,” ujar Anwar.

Untuk rekod ini merupakan pertemuan pertama bagi kedua-dua pemimpin sejak Christopher dilantik sebagai Perdana Menteri pada November tahun lalu menggantikan Jacinda Ardern.

Beliau merupakan perdana menteri ke-42 bagi tanah naungan United Kingdom itu.

Hubungan Kuala Lumpur-Wellington terjalin sejak 25 September 1957 tidak lama selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *