Malaysia Mampu Menjadi ‘Harimau Digital Asia’ – Fahmi Fadzil

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil (dua dari kiri) ketika menyerahkan watikah panel penasihat Pusat Ekonomi Digital (PEDi) negeri Kelantan kepada pengerusi yang dilantik di Kota Bharu hari ini. Foto Harapan Madani.

KOTA BHARU, 24 Jun – Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata jika sebelum ini Malaysia digelar sebagai ‘Harimau Asia’, beliau yakin Malaysia mampu menjadi ‘Harimau Digital Asia’ satu masa nanti.

Beliau berkata demikian dalam satu Majlis Penyerahan Watikah Pengerusi Panel Penasihat Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Negeri Kelantan di sini hari ini.

Seramai 72 Pengerusi Panel Penasihat Perpaduan PEDi dilantik di negeri itu dan watikah pelantikan mereka disampaikan sendiri Fahmi sebentar tadi.

Beliau merujuk kepada kejayaan beberapa pengusaha yang mampu menjana pendapatan sehingga tiga kali ganda selepas memasarkan produk secara dalam talian melalui pendedahan yang dibuat PEDi. Malah ekonomi digital merupakan antara penyumbang terbesar dalam menjana pendapatan negara.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil (dua dari kiri) ketika menyerahkan watikah panel penasihat Pusat Ekonomi Digital (PEDi) negeri Kelantan kepada pengerusi yang dilantik di Kota Bharu hari ini. Foto Harapan Madani.

“Kesan ekonomi digital telah menjadi penyumbang besar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang mana jumlahnya sama dengan Selangor yang merupakan negeri penyumbang ekonomi negara paling besar,” ujarnya.

Namun menurutnya apa yang lebih penting adalah usaha dalam memperbaiki dasar-dasar serta melahirkan lebih ramai usahawan digital berkemahiran seterusnya mampu menjana pendapatan menerusi ekonomi digital.

PEDi memainkan peranan sangat penting dalam usaha ini dan dengan pertumbuhan luar jangka ekonomi negara lebih dari apa yang diramal, beliau yakin perkara ini dapat direalisasikan.

“Oleh itu menjelang hujung tahun 2023, PEDi akan beroperasi di setiap DUN. Pengerusi di setiap PEDi akan memainkan peranan merangka program untuk melonjakkan pendapatan penduduk setempat melalui ekonomi digital.

“Kerjasama PEDi dengan platform e-dagang mampu menjana pendapatan tambahan buat golongan rentan terutamanya B40 sekaligus menoktahkan miskin tegar seperti yang dihasratkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim,” tambahnya.

PEDi kini mula menambah bilangan penyelaras di seluruh negara dengan sasaran melahirkan lebih ramai usahawan digital menjelang 2025.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *