Malaysia MADANI Ibarat ‘Naga’ Bawa Pembaharuan Dalam Anjakan Paradigma Baharu – Andre Lai

Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju, Andre Lai menyifatkan Malaysia MADANI diibaratkan seperti naga untuk membawa pembaharuan dalam anjakan paradigma baharu. Foto Facebook Andre Lai

PENDAPAT, 9 Feb – Tahun ini tahun naga, mengikut turutan zodiak horoskop kalendar Cina.

Naga merupakan satu makhluk misteri yang sentiasa dikaitkan dengan semangat proaktif dan sentiasa mara ke hadapan.

Nama naga wujud dalam ramai lagenda, seperti bintang kung fu Bruce Lee dan Jackie Chan. Sifat Naga yang menyerlah boleh dilihat melalui filem The Way of Dragon dibintangi oleh Bruce Lee. Nama filem dalam bahasa asal 猛龍過江 membawa maksud ‘Naga Melangkah Kawasan Baharu’.

Dalam konteks hari ini, Malaysia MADANI diibaratkan seperti naga untuk membawa pembaharuan dalam anjakan paradigma baharu.

Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju, Andre Lai menyifatkan Malaysia MADANI diibaratkan seperti naga untuk membawa pembaharuan dalam anjakan paradigma baharu. Foto Facebook Andre Lai

Komponen identiti negara dan semangat muhibbah wajar dijadikan intipati pembaharuan dalam melaksanakan reformasi.

Kita tidak harus menganggap Tahun Baru Cina perayaan hanya untuk masyarakat Cina sahaja, sebaliknya ia wajar menjadi perayaan bertaraf kebangsaan yang turut dirai oleh setiap lapisan masyarakat di Malaysia.

Sama ada di Kota Bharu atau di Sibu, seluruh rakyat bersatu hati meraikan kepelbagaian dalam kebersamaan meraikan suasana harmoni dan hidup rukun damai.

Adat resam, kebudayaan dan bahasa dialek Cina telah pun menjadi sebahagian daripada aspirasi rakyat Malaysia.

Toleransi kepelbagaian masyarakat majmuk telah pun menjadi sumber kekuatan perpaduan negara.

Pepatah Melayu iaitu ‘hujan emas di negeri orang, hujan  batu di negeri sendiri, lebih baik lagi negeri sendiri’ sudah menjadi pedoman tersemat kukuh dalam sanubari.

Tidak lupa saya berpesan agar berhati-hati di jalan raya semasa musim perayaan agar kemeriahan Tahun Baharu Cina lebih bermakna bersama kaum keluarga.

Justeru, perkuatkan iltizam reformasi di ‘negeri’ sendiri sebelum melangkah ke ‘negeri’ baharu yang serba mencabar dasawarsa ini.

Jadikan tahun ini tahun cara naga (The Way of Dragon). Inilah resolusi saya untuk Tahun Naga 2024.

Selamat Tahun Baru Cina, selamat bercuti dan salam Malaysia MADANI kepada semua rakyat Malaysia.

Edaran buah limau dan kepingan kertas ‘chun lian’ memberi makna tersendiri dalam meraikan Tahun Baharu Cina yang disambut sebagai tahun naga tahun ini. Foto X Andre Lai

LAi
Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *