Malaysia Komited Perkasa Usaha ASEAN Tangani Keganasan – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada majlis pelancaran pelan tindakan Malaysia bagi mencegah dan menangani fahaman pelampau keganasan pada Isnin. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 30 Sep – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata langkah mencegah dan menangani keganasan akan turut diperkuat di peringkat antarabangsa.

Perdana Menteri berkata, usaha tersebut akan diperkasa melalui kepengerusian Malaysia dalam ASEAN tahun hadapan, bagi menjamin keselamatan negara-negara anggota daripada ancaman kumpulan pengganas.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada majlis pelancaran pelan tindakan Malaysia bagi mencegah dan menangani fahaman pelampau keganasan pada Isnin. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Kita akan menyokong dan memberi tumpuan kepada kerjasama yang berkesan antara negara. Apabila Malaysia mengambil alih kepengerusian ASEAN tahun depan, saya pasti akan memberikan sokongan ini untuk kerjasama yang lebih baik di kalangan negara-negara ASEAN.

“Ini penting untuk memastikan tindakan lebih efektif terhadap pengganas, khususnya dengan senjata dan kaedah yang semakin canggih,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada majlis pelancaran pelan tindakan Malaysia bagi mencegah dan menangani fahaman pelampau keganasan pada Isnin. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Pelan Tindakan Malaysia bagi Mencegah dan Menangani Fahaman Pelampau Keganasan, di sini.

Anwar turut menegaskan bahawa langkah ini penting bagi mewujudkan pendekatan yang lebih berkesan dalam memerangi keganasan berikutan pengganas kini menggunakan senjata, strategi canggih dan pembiayaan yang besar.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *