Malaysia, Jepun Setuju Perkukuh Hubungan Menerusi CSP, Bincang Situasi Asia Barat – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perbualan telefon dengan Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi pada 24 Mac 2026. Foto X Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR, 24 Mac – Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan penghargaan terhadap hubungan erat antara Malaysia dan Jepun yang telah terjalin sejak 1957.
Menerusi hantaran di platform X, Perdana Menteri berkata, hubungan itu kini diperkukuh melalui Kerjasama Strategik Komprehensif (CSP).
Semasa perbualan telefon dengan rakan sejawat dari Jepun, Sanae Takaichi, Anwar berkata, kedua-dua pemimpin tersebut menyentuh kemajuan kerjasama dalam bidang keutamaan termasuk keamanan dan keselamatan, ekonomi, serta sains, teknologi dan inovasi.
“Saya juga berkongsi pendirian Malaysia berhubung situasi di Timur Tengah, yang menekankan keperluan mendesak untuk gencatan senjata segera, perlindungan orang awam, serta penyelesaian konflik melalui dialog dan diplomasi selaras dengan undang-undang antarabangsa,” katanya.
Anwar berkata, Malaysia dan Jepun juga bersetuju untuk terus memperkukuh kerjasama dua hala serta memainkan peranan konstruktif dalam memastikan keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau dan global.

Terdahulu, Takaichi mengadakan lawatan sulung ke Rumah Putih atas undangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump di tengah-tengah ketegangan serangan di Asia Barat.
Malah, Jepun akan mula mengeluarkan minyak daripada rizab negara pada Khamis, menurut Takaichi berkata pada Selasa, susulan kebimbangan terhadap peningkatan bekalan dan harga minyak yang melambung tinggi disebabkan oleh konflik berterusan, lapor Agensi Berita Kyodo.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
