Makin Celaru, Surat Presiden Pas Sahkan Jawatan Pengerusi PN Kekal

Abdul Hadi didakwa menyatakan perkara itu dalam sepucuk surat yang ditujukan kepada ketiga-tiga presiden parti gabungan PN, termasuklah Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin.

KUALA LUMPUR, 28 Jan – Krisis melanda gabungan pembangkang terus memperlihatkan tiada tanda-tanda berakhir apabila jawatan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) kekal dan tidak dimansuhkan, demikian menurut Presiden Pas, Abdul Hadi Awang hari ini.

Ahli parlimen Marang itu didakwa menyatakan perkara itu dalam sepucuk surat yang ditujukan kepada ketiga-tiga presiden parti gabungan PN, termasuklah Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin.

Surat yang dilihat wartawan dan ditandatangani oleh Abdul Hadi sendiri, mengatakan jawatan Pengerusi PN adalah tadbir seperti mana yang diperuntukkan dalam Fasal 8.3(l) Perlembagaan PN.

Abdul Hadi disahkan tidak dicalon sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) hasil perbincangan dan persetujuan kepimpinan tertinggi parti berkenaan pada 26 Januari 2026.

Abdul Hadi menegaskan, pemansuhan jawatan Pengerusi PN dan hal pelantikan Pengerusi PN, seperti yang dinyatakan Muhyiddin tidak pernah dibincangkan dan dipersetujui oleh Pas termasuk dalam pertemuan pada 16 Januari lalu.

“Saya mengambil maklum akan isi kandungan surat Muhyiddin, Presiden Bersatu bertarikh 27 Januari 2026 yang ditujukan kepada semua Presiden Parti-Parti Anggota PN, dan Pas menyambut baik komitmen semua Parti-Parti Anggota untuk memperkukuhkan lagi kesepakatan sesama kita dalam PN.

“Berhubung cadangan untuk pindaan Perlembagaan PN berkaitan penstrukturan PN khususnya mengenai Majlis Presiden, sukacita Pas mengulangi saranan kami sebelum ini iaitu, Majlis Presiden hendaklah bertindak sebagai ‘Badan Penasihat’ dan ‘Pengawal Selia’ dalam memelihara dasar-dasar dan hala tuju PN.

Kehadiran Muhyiddin ke teratak Hashim di Arau sebenarnya tidak membawa apa-apa makna selain hanya ‘mengeratkan’ silaturrahim yang goyah ekoran krisis politik di Perlis yang membawa kepada kehilangan jawatan menteri besar.

“Ia selaras dengan Fasal 7A Perlembagaan PN (rujuk surat saya bertarikh 14 Disember 2024 kepada Pengerusi PN) dan Pas bersetuju bidang kuasa Majlis Presiden bolehlah diteliti semula dengan mengusulkan pindaan-pindaan berkaitan dalam Perlembagaan PN, yang akan disyorkan oleh sebuah jawatankuasa teknikal bersama.

“Kenyataan Muhyiddin Mohd Yassin (jawatan Pengerusi PN dimansuhkan), saya ingin menegaskan, isu ini sama sekali tidak pernah dibincangkan dan dipersetujui oleh pihak kami termasuk dalam pertemuan pada 16 Januari 2026,” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *