Ling Mahu GPS Jelaskan Ketidakhadiran Ahli Parlimen Lawas

Alan Ling mahu Gabungan Parti Sarawak (GPS) tampil menjelaskan kepada rakyat sebab mengapa Ahli Parlimen (MP) Lawas Datuk Henry Sum Agong gagal menghadiri sidang Dewan Rakyat kelmarin bagi mengundi Rang Undang-Undang (RUU) Pindaan Perlembagaan 2026.

MIRI, 4 Mac – Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Sarawak Alan Ling mahu Gabungan Parti Sarawak (GPS) tampil menjelaskan kepada rakyat sebab mengapa Ahli Parlimen (MP) Lawas Datuk Henry Sum Agong gagal menghadiri sidang Dewan Rakyat kelmarin bagi mengundi Rang Undang-Undang (RUU) Pindaan Perlembagaan 2026.

Menurut beliau, ketiadaan wakil rakyat daripada parti kerajaan pada saat penting seperti itu tidak mempunyai alasan munasabah.

“Dalam detik sepenting ini, seorang MP kerajaan tidak mempunyai alasan yang sah untuk tidak hadir ke persidangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ling yang juga Setiausaha Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak menegaskan, kesemua MP PH dari Sarawak hadir dan mengundi menyokong cadangan pindaan perlembagaan bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada maksimum 10 tahun.

Kenyataan media Alan Ling di Facebook pada 4 Mac 2026.

Bagaimanapun, beliau kesal apabila lapan MP daripada parti pemerintah tidak hadir untuk mengundi termasuk MP Lawas daripada GPS itu.

Sehubungan itu, beliau menggesa Pengerusi GPS Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg tampil memberi penjelasan sekiranya wakil rakyat berkenaan terus berdiam diri walaupun didesak rakyat.

“Beritahu rakyat sebab kegagalan hadir.

“Biarkan pengundi mengetahui alasan yang diberikan dan membuat penilaian sendiri,” tegasnya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir pada persidangan Dewan Rakyat pada 2 Mac 2026.

Kelmarin, Dewan Rakyat menyaksikan RUU Pindaan Perlembagaan bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun gagal memperoleh sokongan majoriti dua pertiga.

Ling meluahkan kekecewaan apabila rang undang-undang tersebut tidak berjaya diluluskan walaupun mendapat 146 undi menyokong, hanya kurang dua undi daripada jumlah dua pertiga yang diperlukan.

RUU Perlembagaan (Pindaan) 2026 yang dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said pada 23 Februari lalu itu menggariskan had seumur hidup bagi jawatan Perdana Menteri, dengan tempoh perkhidmatan diambil kira sama ada secara berterusan atau berasingan.

Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Setiawangsa, Datuk Afdlin Shauki Aksan berkata, naratif yang dibina Ketua UMNO Bahagian Batu, Datuk Gulam Muszaffar Gulam Mustakim itu tidak berasaskan fakta sebenar perjalanan undian di Dewan Rakyat.

Ling berkata, pembentangan rang undang-undang itu ketika pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mencerminkan iltizam politik dalam meneruskan agenda reformasi institusi demi tadbir urus negara yang lebih baik.

Tambahnya, kesemua 40 MP DAP hadir menyokong RUU tersebut sebagai bukti komitmen parti dalam merealisasikan agenda reformasi institusi serta konsisten dan berdisiplin dalam menunaikan tanggungjawab Parlimen kepada rakyat.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *