Lima Cedera Serangan Pisau Di Amsterdam

Anggota polis bercakap dengan orang ramai di kawasan di mana lima orang cedera dalam serangan tikaman berhampiran Dataran Dam tengah di Amsterdam pada 27 Mac 2025. Foto AFP

AMSTERDAM, 28 Mar – Sekurang-kurangnya lima orang cedera dalam serangan pisau di pusat bandar Amsterdam pada Khamis, lapor agensi berita Jerman (dpa), memetik pihak polis, yang turut mengesahkan seorang suspek telah ditahan.

Pihak berkuasa Belanda belum mendedahkan tahap kecederaan mangsa atau kemungkinan motif di sebalik serangan pisau itu.

Anggota polis bercakap dengan orang ramai di kawasan di mana lima orang cedera dalam serangan tikaman berhampiran Dataran Dam tengah di Amsterdam pada 27 Mac 2025. Foto AFP

Perkhidmatan kecemasan bertindak pantas, dengan sebuah helikopter penyelamat mendarat di Dataran Dam, dataran utama di hadapan istana diraja.

Kawasan itu ditutup. Polis melaporkan bahawa serangan itu berlaku di jalan berdekatan.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *