Lepas Muhyiddin, Sharudin Pula Letak Jawatan Pengerusi PN Johor

Sahrudin (kiri) mengikut jejak Muhyiddin meletak jawatan sebagai Pengerusi PN Johor menerusi hantaran di Facebook pada 30 Disember 2025.

JOHOR BAHRU, 30 Dis – Malang bertimpa bagi Bersatu apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong, Sahruddin Jamal mengumumkan pengunduran sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Johor selepas Muhyiddin Yassin meletak jawatan Pengerusi PN pusat.

Menerusi hantaran di Facebook, Sahrudin mengesahkan perkara itu sebentar tadi.

“Betul, saya letak jawatan Pengerusi PN Johor,” katanya.

“Hilang jawatan Menteri Besar pun saya suka , letak jawatan pengerusi PN lagilah saya suka,” katanya.

Pengumuman Sahruddin itu susulan tindakan bekas Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin mengumumkan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PN bermula 1 Januari ini.

Ruangan komen pula dihujani dengan sindiran netizen terhadap keputusan Sahrudin.

“Allhamdulillah bagus lah begitu,bubar je bersatu kat Johor ni,” sindir Noh Mohd.

‘Penyokong Zahid Hamidi’ pula menulis “Jenis tak ada adab. Letak jawatan umum di fb. Bodoh,” katanya.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *