Lembaga Pengampunan Sudah Buat Keputusan Permohonan Najib – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa kira-kira 20 minit untuk menjamu selera bersama rakyat di Kompleks Pertama ibu negara hari ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 2 Feb – Lembaga Pengampunan sudah membuat keputusan berhubung permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, untuk mendapatkan pengampunan selepas disabitkan kesalahan dan dihukum penjara 12 tahun pada 2022.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bagaimanapun menjelaskan kerajaan tidak akan membuat sebarang pengumuman mengenai keputusan itu, sebaliknya ia bakal dilakukan sendiri oleh Lembaga Pengampunan.

“(Itu) urusan Lembaga Pengampunan, tunggu… sudah ada kepastian (keputusannya).

“Tunggu pengumuman Lembaga Pengampunan,” katanya ringkas ketika ditemui media selepas makan tengah hari di Gerai Makan Pertama Complex, di sini, hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa, semalam memaklumkan Lembaga Pengampunan dijangka membuat pengumuman rasmi berhubung permohonan Najib itu, minggu ini.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *