Lelaki Ditemui Terdampar 71 Kilometer Dari Lokasi Hilang

Mayat mangsa lemas ditemui orang awam terdampar di Pantai Kampung Sangkabok, Papar pada 19 Februari 2026.

PAPAR, 19 Feb – Lelaki yang dilaporkan hilang ketika memukat sejak empat hari lalu disahkan maut selepas mayatnya ditemui petang tadi.

Mayat Saimin Ongit, 60, ditemui terdampar di Pantai Kampung Sangkabok oleh orang ramai kira-kira 71 kilometer (km) dari lokasi dia dilaporkan hilang, sebelum berita penemuan itu dimuat naik ke laman TikTok jam 3.20 petang.

Ahli keluarga yang menyedari maklumat berkenaan terus menghubungi pasukan bomba sebelum berita penemuan itu disahkan.

Mayat mangsa lemas ditemui orang awam terdampar di Pantai Kampung Sangkabok, Papar pada 19 Februari 2026.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar, Rozlan Osman, berkata sebaik menerima maklumat, pasukan bomba menjalankan operasi untuk mengesahkan identiti mangsa.

“Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Isnin lalu, mangsa dilaporkan hilang ketika memukat bersama rakannya di kawasan Pantai Manis selepas bot dinaiki karam.

Rakan mangsa ditemui dalam keadaan selamat, sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) terus dilaksanakan bagi mencari Saimin yang hilang.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *