Lebih 80 PATI Dari Gambia, Senegal Diselamatkan Di Pantai Libya

Pihak berkuasa membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) menggunakan kapal Ocean Viking berlabuh di Libya.Foto France 24.
MARSEILLE, 28 Jun – Kapal penyelamat kemanusiaan, Ocean Viking menyelamatkan seramai 86 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) di pantai Libya, hari ini.
Menurut kenyataan Ocean Viking yang berpangkalan di Perancis, PATI yang diselamatkan termasuk dari Gambia dan Senegal.
“Mereka mengalami dehidrasi, keletihan dan kesan terbakar akibat cuaca panas, ternasuk beberapa PATI bawah umur yang menyeberangi Laut Mediterranean tanpa ahli keluarga.
“Pihak berkuasa Itali membenarkan Ocean Viking menurunkan kesemua penumpang kapal di pelabuhannya di Bari,” katanya.

Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri Itali berkata kira-kira 90,000 PATI tiba melalui laut, setakat ini.
Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM) Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan bahawa 1,724 PATI hilang ketika cuba menyeberangi Laut Mediterranean ke Eropah tahun ini.
Jumlah berkenaan meningkat berbanding 1,417 mangsa tahun lalu.
