Lawatan PM Anwar Ke Australia Dijangka Raih Sejumlah Pelaburan, Perdagangan

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengadakan mesyuarat penyelerasan di Melbourne, Australia pada Ahad. Foto X Tengku Zafrul

MELBOURNE, 4 Mac – Sejumlah pelaburan dan perdagangan besar dijangka diperoleh Malaysia sempena lawatan rasmi Perdana Menteri ke Australia.

Ia menerusi Mesyuarat Meja Bulat yang akan dipengerusikan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama kapten industri tempatan.

Menurut Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, sebanyak empat industri bakal menjadi fokus bagi pelaburan dan perdagangan.

Ia merangkumi industri infrastruktur digital, teknologi hijau, makanan dan minuman serta industri magnet dan logam berkaitan kereta elektrik (EV).

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengadakan mesyuarat penyelerasan di Melbourne, Australia pada Ahad. Foto X Tengku Zafrul

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Melbourne, Australia.

Sebanyak 18 syarikat Australia terlibat dalam Mesyuarat Meja Bulat yang dijadual berlangsung pada esok. – RTM


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *