Lapangan Terbang, Pelabuhan Perlu Lebih Efisen Dan Diperbaiki Segera – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap merasmikan Hari Kraf Kebangsaan 2024 di Kuala Lumpur. Foto Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya

KUALA LUMPUR, 24 FebPenyelenggaraan dan penambahbaikan perkhidmatan di pintu-pintu masuk negara perlu disegerakan.

Ia termasuk lapangan terbang di negeri-negeri serta daerah selain pelabuhan-pelabuhan kapal.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penambahbaikan itu perlu kerana ia tidak hanya menampung  jumlah peningkatan pengguna, malah menarik kedatangan lebih ramai pelancong asing ke negara ini.

“Kita perlu percepatkan, tidak boleh nak siapkan, baiki lapangan terbang dalam 3, 4 tahun. Oleh sebab itu, saya minta semua kawasan-kawasan ini disegerakan dan usaha Anthony segerakan hal sedemikian, Lapangan Terbang Tawau, Lapangan Terbang Pulau Pinang yang dah sesak untuk memudahkan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap merasmikan Hari Kraf Kebangsaan 2024 di Kuala Lumpur. Foto Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya

“KLIA contohnya, itu sudah jadi tekanan kerana jumlah pelancong yang sangat tinggi,” katanya.

Tumpuan diberikan kepada  kawasan yang mampu menarik kemasukan pelancong asing seperti di Kota Kinabalu,  Kuching, Pulau Pinang, Alor Setar, Kota Bharu dan Tawau.

Selain itu, kerjasama kementerian dan agensi perlu diperkukuh bagi memastikan industri pelancongan negara kekal berdaya saing meliputi pelbagai elemen yang saling berkaitan antaranya perkhidmatan, keselamatan, kemudahan dan daya tarikan.

Beliau berucap ketika merasmikan Hari Kraf Kebangsaan 2024 di Kuala Lumpur.

Pada majlis tersebut, Perdana Menteri turut menyampaikan Anugerah Tokoh Kraf Negara 2024 kepada Adiguru Kraf Tenunan Pua, Bangie Embol, yang merupakan pengiktirafan tertinggi diberikan oleh Kerajaan Malaysia melalui kelulusan Jemaah Menteri pada tahun 1996.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *