Lapan Pemain Ski Maut Berjaya Dibawa Keluar Dari Runtuhan Salji

Pasukan penyelamat di kawasan Pusat Pengembaraan Alder Creek, salah satu daripada dua lokasi di mana kru pencarian dilancarkan untuk cuba mencari sekumpulan pemain ski yang hilang selepas runtuhan salji di lereng pedalaman California pada 17 Februari 2026. Foto Nevada County Sheriff's Office
TRUCKEE, 19 Feb – Kesemua lapan pendaki yang terkorban akibat ditimbus runtuhan salji telah dibawa keluar dari lokasi nahas setelah cuaca bertambah baik pada jam 11 pagi waktu tempatan.
Menurut jurucakap pihak berkuasa tempatan, anggota penyelamat menggunakan teknologi serta anjing pengesan bagi memastikan lokasi kedudukan sebenar runtuhan seterusnya mengeluarkan mangsa yang tertimbus sedalam kira-kira 12 meter.
Terdahulu mereka berlapan disahkan maut selepas tertimbus dalam runtuhan salji gergasi di pergunungan Sierra Nevada, California, kelmarin.

Menurut pihak berkuasa, tragedi runtuhan salji itu merupakan kejadian paling dahsyat yang pernah berlaku di Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh 45 tahun.
Enam mangsa terselamat berjaya diselamatkan selepas pasukan mencari dan menyelamat menggunakan ski meredah salji tebal, bentuk muka bumi berbahaya serta angin kencang di Castle Peak berhampiran Truckee, kira-kira 16 kilometer barat laut Tasik Tahoe.
Kumpulan pemain ski itu, termasuk empat pemandu pelancong daripada syarikat Blackbird Mountain Guides, dalam perjalanan pulang ke titik permulaan laluan ketika salji lebat turun.
Kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira jam 11.30 pagi waktu tempatan selepas kumpulan pemain ski berkenaan menamatkan ekspedisi tiga hari.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

