Lapan Negeri Dipilih Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika disambut rakyat pada Majlis Aidilfitri MADANI peringkat Terengganu 2024 di Kuala Terengganu pada 9 Mei 2024. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 27 Mar – Seperti tahun lalu, penganjuran Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun ini diteruskan ke lapan buah negeri bermula dengan Melaka pada 5 April depan.

Menerusi Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri yang disampaikan oleh Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah, majlis sambutan di Melaka diangkat sebagai penganjuran peringkat kebangsaan.

“Selepas Melaka, lokasi seterusnya adalah Selangor (6 April); Pahang (11 April); Kelantan dan Pulau Pinang (12 April); Sarawak (19 April); Perak (25 April) dan Perlis (27 April).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika disambut rakyat pada Majlis Aidilfitri MADANI peringkat Terengganu 2024 di Kuala Terengganu pada 9 Mei 2024. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Perincian lanjut terkait lokasi akan dimaklumkan oleh Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) Jabatan Perdana Menteri, selaku sekretariat induk Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025,” katanya.

Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI akan dianjurkan bersama-sama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri sebagai tuan rumah.

Katanya, Anwar akan hadir bersama dengan Menteri Besar dan Ketua Menteri negeri-negeri berkenaan.

“Justeru Perdana Menteri menjemput semua rakyat pelbagai kaum, agama dan budaya untuk bersama-sama hadir dan menyemarakkan nilai murni, kasih sayang, hormat-menghormati dan muhibah yang menjadi tunjang kekuatan Malaysia sejak sekian lama,” jelasnya.

Majlis itu juga adalah wadah penting bagi meredakan suhu ketegangan antara kaum dan agama serta menghormati seterusnya meraikan perbezaan menerusi interaksi antara rakyat.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *