‘Langkah Sanusi’ Atau ‘Langkah Kedah’ Hanya Fokus Kepada TikTok Sampai Pagi

Harapan melihat Muhammad Sanusi memajukan negeri rupanya tinggal harapan bila mampu berhibur di TikTok hingga jam 2 pagi namun janji litar lumba masih dicapati. Foto TikTok

PENDAPAT, 4 JanApa sekalipun alasan diberikan oleh pembangkang dan penggerak “Langkah Dubai” menidakkan hasrat mereka itu adalah helah yang tersembunyi.

Rakyat biasa hari ini faham dan tahu politik hari ini tetap berdasarkan angka yang mana angka sahaja yang menentukan siapa yang berkuasa.

Ya! Mungkin menggunakan SD ahli parlimen tidak ’jalan’ kerana akta anti-lompat parti masih terpakai tetapi akta itu masih tergantung dek kerana beberapa kelompongan yang ditinggalkan.

Adakah dengan sejumlah dua pertiga kerusi parlimen hari ini kerajaan ini stabil ?

Ya? Tentunya tidak.

Kestabilan yang kita nikmati seperti mana dahulu mungkin susah untuk kita lakukan sekarang sebab pintu ataupun lubang sudahpun ditebuk semasa Langkah Sheraton.

Harapan melihat Muhammad Sanusi memajukan negeri rupanya tinggal harapan bila mampu berhibur di TikTok hingga jam 2 pagi namun janji litar lumba masih dicapati. Foto TikTok

Tentunya pintu sudah dibuka, akan ada yang cuba guna pintu tersebut untuk jadi kerajaan dan berkuasa ke atas negara ini.

Kata Muhammad Sanusi Md Nor, Perikatan Nasional (PN) cuba sedaya upaya untuk ambil alih kerajaan. Tanpa rasa malu atau rasa bersalah sebagai seorang Menteri Besar lagaknya bukan main.

Kata orang sekarang “lain macam” dengan dua pertiga dun Kedah yang dia perolehi ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos tahun lepas.

Mungkin dia ingat kenyataan seorang Menteri Besar sama seperti sembang dan nyanyi di TikTok sampai jam 2 pagi.

Tanpa rasa bersalah, Sanusi kata itu cara dia mendekati rakyat terutama orang muda.

Wah, betul-betul lain macam cara Menteri Besar Kedah merangkap panglima terulung PN!

Apabila ditanya hal Litar Lumba yang bakal dibuat di Kedah dengan janji hanya 6 bulan sahaja akan siap, itu bukan salah dia sebab tak berjaya dilakukan.

Kalau berjaya dibuat itu kerja dia. Dia paling hebat dan paling pandai mengurus.

Sebagai Menteri Besar Kedah, Sanusi patut belajar dengan Menteri Besar Negeri Sembilan.

Bercakap kurang kerja buat seperti biasa, barulah pentadbiran dapat dilaksanakan dengan baik.

Negara ini tidak akan stabil jika ada orang seperti ini dalam politik. Mahunya kuasa tetapi ada banyak masa bertik tok sampai pagi tetapi masalah rakyat tidak dapat diselesaikan.

Ini mungkin cara mereka mentadbir dan mengurus sebab itu semasa 33 bulan memerintah, jangankan RUU 355 akan dilaksanakan tetapi bila ditanya sekarang “kami nak buat, tapi tak sempat”.

Mungkin Pas terlalu selesa jadi kerajaan ketika 33 bulan, semua benda dapat buat, lantik Duta bertaraf menteri pun boleh!

Sebab itulah, cubaan demi cubaan akan dilakukan tanpa henti tanpa memikirkan implikasi pelabur dan implikasi rakyat biasa inginkan kestabilan politik hari ini.

Untuk jadi negara yang maju dan mampan, kita tidak dapat laungkan kekuatan kaum dan agama sahaja tanpa memikirkan idea dan dasar ekonomi baharu bagi menjana pertumbuhan yang baik.

Lantaran itu, Sanusi harus berhenti dengan polemik seperti ini dan harus fokus kepada pentadbiran di negeri serta kurangkan bertik tok yang tidak berfaedah kepada rakyat.

Apa-apa pun, tahniah buat Kerajaan Perpaduan kerana kekal stabil dan “Selamat Berjaya” kepada Sanusi untuk 18 Januari ini.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *