La Liga: Bintang Real Madrid Bakal Sertai AC Milan

Luka Modric bakal menyarung jersi AC Milan setelah 12 tahun bersama Real Madrid di La Liga. Foto Getty Images
MADRID, 26 Jun – Pemain veteran antarabangsa Croatia, Luka Modric akan menyertai kelab Serie A, AC Milan.
Modric, yang menyarung jersi gergasi Sepanyol, Real Madrid sejak 12 tahun lalu, bakal melengkapkan perpindahan ke San Siro, kata pengarah kelab, Igli Tare.
Legenda Croatia itu akan mencecah usia 40 tahun pada September ini dan tidak dapat dipastikan sama ada dia akan terus membarisi kesebelasan utama, tetapi impiannya adalah untuk kekal bermain bagi menyarung jersi negaranya di Piala Dunia tahun depan.
Modric akan terus beraksi untuk Real sehingga tamat Piala Dunia Kelab (CWC) bulan depan.
“Kami sedia untuk membawa masuk Luka Modric, kami memerlukan ketua baharu. Modric mampu menjadi tonggak utama kami dan dia bertanyakan tentang menjadi kompetitif, memenangi gelaran… itu sasaran kami.
“Saya bercakap dengannya dan dia serius untuk bersaing secara kompetitif. Ketibaannya penting untuk kumpulan yang memerlukan pemain sepertinya, kepimpinan.
“Soalan pertama dia tanya: ‘Adakah pasukan dibina untuk memenangi kejuaraan?’ Dia menang enam Liga Juara-Juara dan mahu menjadi pemain bintang dari awal.
“Dia penting untuk mengukuhkan mentaliti, kepimpinan dan profesionalisme. Malah dia juga peminat AC Milan,” kata Tare.
Modric dilaporkan akan menandatangani kontrak setahun dan mempunyai pilihan untuk melanjutkannya semusim lagi. Dia bakal menerima gaji 57,000 pound (RM330,110) seminggu berserta bonus. – AGENSI
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

