Kunjungan Hormat TPM Pakistan Ke Atas PM Anwar Bincang Persiapan Lawatan PM Shehbaz

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar menerima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Pakistan, Mohammad Ishaq Dar di pejabatnya di Putrajaya pada 11 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 11 Jul – Perjanjian Perkongsian Ekonomi Lebih Rapat Malaysia-Pakistan (MPCEPA) bakal direalisasikan antara Malaysia dan Pakistan serta memperhalusi langkah untuk memperluaskan eksport daging halal dari negara itu dengan penekanan terhadap daya saing harga.

Persefahaman itu dicapai ketika Timbalan Perdana Menteri Pakistan merangkap Menteri Luar, Mohammad Ishaq Dar mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di pejabatnya di sini yang turut bersetuju meneroka kerjasama dalam bidang baharu termasuk perdagangan beras bagi mempelbagaikan sumber import dan eksport.

“Kami turut meneroka peluang baharu dalam bidang pertanian termasuk perdagangan beras,” ujarnya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar menerima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Pakistan, Mohammad Ishaq Dar di pejabatnya di Putrajaya pada 11 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Pertemuan itu juga turut membincangkan persiapan lawatan rasmi Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif ke Malaysia tidak lama lagi dengan beberapa Memorandum Persefahaman (MoU) dijangka bakal dimeterai dalam lawatan berkenaan.

Ini termasuklah persefahaman dalam meningkatkan kerjasama pelbagai bidang yang mempunyai kepakaran penting seperti tenaga boleh baharu, pendidikan, pertanian, perdagangan dan pelaburan.

Pada asalnya, Shehbaz melawat Malaysia pada Mei lalu namun ditunda ekoran konflik antara Pakistan dan India yang mencetuskan ketegangan di rantau Asia Selatan itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar menerima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Pakistan, Mohammad Ishaq Dar di pejabatnya di Putrajaya pada 11 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Terdahulu, Mohammad Ishaq Dar berada di ibu negara bagi menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-58 yang dianjurkan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025.

Untuk rekod, nilai perdagangan Malaysia-Pakistan menyaksikan peningkatkan lebih 25 peratus tahun lalu kepada AS$1.76 bilion (RM7.39 bilion).

“Ini termasuk hubungan ASEAN-Pakistan serta isu Jammu dan Kashmir. Malaysia kekal menyokong penyelesaian secara aman melalui dialog sejajar dengan Resolusi Majlis Keselamatan PBB (Pertubuhan Bangsa Bersatu).

“Kami turut menggalakkan keterlibatan lebih erat antara Pakistan dan ASEAN pada masa hadapan,” ujar beliau.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *