Kumpulan Ajaran Sesat Filipina Paksa Kanak-Kanak Lakukan Hubungan Seks

Pemimpin kumpulan ajaran sesat Socorro Bayanihan Services Inc (SBSI), Jey Rence Quilario, juga dikenali sebagai ‘Senior Agila’, memberi keterangan kepada Jawatankuasa Senat Filipina. Foto AGENSI

MANILA, 29 Sep – Anggota bawah umur kumpulan ajaran sesat Socorro Bayanihan Services Inc (SBSI) di filipina didakwa dipaksa berkahwin dan melakukan hubungan seks dengan pasangan dewasa atas alasan kononnya ia sebahagian daripada ‘peraturan ke syurga’.

Perkara itu didedahkan ketika siasatan Jawatankuasa Senat Filipina mengenai peraturan awam dan dadah berbahaya semalam, susulan tuduhan terhadap ketua ajaran sesat itu,

Jey Rence Quilario, juga dikenalio sebagai ‘Senior Agila’.

Pemimpin kumpulan ajaran sesat Socorro Bayanihan Services Inc (SBSI), Jey Rence Quilario, juga dikenali sebagai ‘Senior Agila’, memberi keterangan kepada Jawatankuasa Senat Filipina. Foto AGENSI

Menurut seorang bekas ahli berusia 15 tahun, pergerakan itu didakwa diketuai oleh ‘Senior Agila’ selaku ketua ‘kultus’ yang berpangkalan di Surigao del Norte.

Jane (bukan nama sebenar) mengimbau kembali peristiwa yang terjadi tahun lalu, ketika memberi keterangan di hadapan penggubal undang-undang ketika siasatan panel Senat kelmarin.

Katanya, pada usia 14 tahun, dia dipaksa berkahwin dan tidur dengan lelaki berusia 18 tahun yang tidak pernah dikenali atau ditemuinya sebelum itu dan mendakwa Quilario yang menjodohkan mereka.

Jane berkata, setiausaha komuniti mereka akan membuat senarai ahli yang bujang dengan kanak-kanak perempuan seawal 12 tahun dan lelaki sekurang-kurangnya 18 tahun.

Daripada senarai itu, Quilario akan memilih ‘pasangan yang diluluskan oleh tuhan’.

Jane (bukan nama sebenar) 15, memberi keterangan mengenai pengalamannya dalam kumpulan ajaran sesat Socorro Bayanihan Services Inc (SBSI) kepada Jawatankuasa Senat Filipina. - Foto AGENSI
Jane (bukan nama sebenar) 15, memberi keterangan mengenai pengalamannya dalam kumpulan ajaran sesat Socorro Bayanihan Services Inc (SBSI) kepada Jawatankuasa Senat Filipina. Foto AGENSI

Dengan bantuan penterjemahan peguamnya, Ruth Restauro, remaja berbahasa Bisaya itu menjelaskan bahawa ‘Senior Aguila ialah orang yang memilih pasangan.

“Anda tidak boleh mengatakan tidak, kerana mereka berkata, tuhan menyatakan mereka adalah pasangan,” katanya.

Jane turut mendedahkan semasa pendengaran awam, bahawa Quilario mewajibkan setiap ahli untuk mempunyai pasangan dan melakukan hubungan seks dengan pasangan itu selepas berkahwin kerana ia adalah salah satu undang-undang SBSI untuk mendapat tempat di syurga.

“Jay Rence (Quilario) berkata, selepas perkahwinan mereka perlu tidur, dengan pasangan lelaki diberitahu bahawa dia diberi kuasa untuk mengambil atau merogol isteri kerana mereka adalah suami isteri.

“Kanak-kanak perempuan dipaksa melakukan hubungan seks dengan lelaki itu dalam masa tiga hari atau mereka akan dipanggil ‘adios’,” kata remaja itu dalam bahasa Bisaya, seperti mana diterjemahkan oleh peguamnya.

Jane seterusnya mendedahkan, Quilario menyamakan peraturan itu seperti Sitio Kapihan – didakwa ahli kultus yang percaya bahawa makhluk atau haiwan mesti wujud secara berpasangan.

Senator Risa Hontiveros juga bertanya kepada gadis itu apa yang berlaku kepada ahli SBSI yang melakukan ‘adios’.

Jane berkata, mereka dikenakan pelbagai hukuman yang bergantung kepada perintah Quilario, antara lain mungkin dipukul dengan dayung atau dikurung dalam apa yang dipanggil lubang musang.

Jane berkata, Quilario memutarkan permainan seperti ‘roulette’, di mana terdapat pelbagai hukuman untuk menentukan penalti bagi ahli yang tidak taat.

Hontiveros pada mulanya mendedahkan kegiatan SBSI pada 18 September lalu, dengan membangkitkan nasib ahli muda yang didakwa mengalami keganasan seksual dan dipaksa berkahwin dengan orang dewasa.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *