Krisis Bersatu: Hamzah Dakwa Tak Dapat Jemputan Malam Ini

Hamzah mendakwa tidak menerima jemputan Muhyiddin untuk menghadiri mesyuarat Bersatu jam 8 malam 29 Januari 2026.

KUALA LUMPUR, 29 Jan – Kemelut dalaman Bersatu makin memuncak apabila Hamzah Zainudin mendakwa beliau tidak dijemput oleh Muhyiddin Yassin ke kediamannya malam ini bagi menghadiri satu mesyuarat berkaitan parti itu.

Hamzah berkata, beliau tidak menerima sebarang jemputan daripada Muhyiddin berhubung mesyuarat yang dijadualkan bagi membincangkan kemelut jawatan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang dijadul jam 8 malam ini.

“Bukan macam itu, (patutnya) ‘adakah Datuk Seri dijemput untuk menghadiri mesyuarat ini? Apalah soalan, jemput pun tidak, nak suruh hadir macam mana?” katanya menjawab soalan wakil media di Dewan Rakyat hari ini.

Muhyiddin dilihat sedang cuba memberi tekanan kepada Hamzah walaupun berstatus Ketua Pembangkang dan Timbalan Presiden Bersatu menjelang mesyuarat jam 8 malam 29 Januari 2026.

Difahamkan Muhyiddin dijadualkan mengadakan pertemuan malam ini dengan empat presiden daripada parti komponen PN.

Semalam media melaporkan mesyuarat Majlis Tertinggi PN yang dibatalkan sebaliknya ketua parti komponen itu akan mengadakan pertemuan di kediaman bekas Pengerusi PN.

Bagaimanapun, menurut Hamzah, pertemuan tersebut adalah mesyuarat awal bagi ‘menentukan hala tuju’ sebelum Majlis Tertinggi PN bersidang untuk mengesahkan peletakan jawatan Muhyiddin sebagai Pengerusi PN serta melantik penggantinya.

Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) yang sepatutnya diadakan pada 29 Januari 2026 dibatalkan pada saat-saat akhir.

Mengenai surat Muhyiddin yang tular semalam, Hamzah mengambil pendirian untuk tidak mengulas dengan berkata, “Saya Timbalan Presiden Bersatu, jadi kena tanya Pengerusi PN macam mana (surat itu) bocor, saya tidak tahu ada surat itu, betul ke ada? Surat apa yang bocor?

“Kita tanya Setiausaha Agung (PN), oh ya, Setiausaha Agung sudah meletakkan jawatan,” selorohnya.

Semalam, tular spekulasi mengenai surat bocor antara Muhyiddin dan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang yang menimbulkan pertanyaan mengenai siapa bakal mengetuai gabungan itu.

Abdul Hadi didakwa menyatakan perkara itu dalam sepucuk surat yang ditujukan kepada ketiga-tiga presiden parti gabungan PN, termasuklah Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin.

Surat pertama yang didakwa dihantar Muhyiddin kepada semua presiden parti PN pada 16 Januari mendedahkan bahawa mesyuarat di rumahnya yang dihadiri Abdul Hadi.

Turut hadir adalah Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan telah mencapai kesepakatan untuk menyelesaikan isu-isu berhubung peletakan jawatannya.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *