Krisis Asia Barat: PM Anwar Minta Sarawak Kawal Penyeludupan Diesel

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Berbuka Puasa MADANI 2026 Peringkat Sarawak di Masjid Jamek Negeri Sarawak di Kuching pada 13 Mac 2026. Foto TVS

KUCHING, 13 Mac – Kerajaan Persekutuan meminta kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak dalam usaha mengawal aktiviti penyeludupan diesel di sempadan negeri itu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Berbuka Puasa MADANI 2026 Peringkat Sarawak di Masjid Jamek Negeri Sarawak di Kuching pada 13 Mac 2026. Foto PMO

Perdana Menteri berkata, beliau telah memohon kepada Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk memberikan kerjasama kepada agensi penguatkuasaan seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Berbuka Puasa MADANI 2026 Peringkat Sarawak di Masjid Jamek Negeri Sarawak di Kuching pada 13 Mac 2026. Foto PMO

“Hal ini kerana kita tahu harga diesel di Sabah dan Sarawak rendah dan sebab itu penyeludupan kemungkinan akan berlaku,” kata beliau berucap pada majlis Berbuka Puasa MADANI Tahun 2026 Peringkat Sarawak di Masjid Jamek Negeri Sarawak di sini petang ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Berbuka Puasa MADANI 2026 Peringkat Sarawak di Masjid Jamek Negeri Sarawak di Kuching pada 13 Mac 2026. Foto PMO

Sementara itu, Anwar berkata Kerajaan MADANI mengambil keputusan mengekalkan subsidi RON95 di bawah inisiatif BUDI95 walaupun harga minyak kini mencecah lebih US$100 setong akibat lonjakan harga berikutan konflik di Asia Barat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Berbuka Puasa MADANI 2026 Peringkat Sarawak di Masjid Jamek Negeri Sarawak di Kuching pada 13 Mac 2026. Foto PMO

“Sebab itu kita harus berdoa agar konflik di Asia Barat segera selesai supaya kita tidak lagi terbeban. Buat masa ini keputusan kita tidak akan mengubah dasar subsidi RON95 dan kita juga akan ambil dasar penjimatan kewangan kita,” kata beliau.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Berbuka Puasa MADANI 2026 Peringkat Sarawak di Masjid Jamek Negeri Sarawak di Kuching pada 13 Mac 2026. Foto PMO

Pada majlis sama, Anwar berkata Kerajaan Persekutuan juga bersetuju meluluskan peruntukan RM150 juta untuk membaiki Baraj Sungai Sarawak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Berbuka Puasa MADANI 2026 Peringkat Sarawak di Masjid Jamek Negeri Sarawak di Kuching pada 13 Mac 2026. Foto PMO

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *