KPKT Rekod 655 Projek Rumah Lewat, Sakit, Terbengkalai – Akmal Nasrullah

Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd Nasir (tengah) pada sidang media khas status terkini projek perumahan setakat September tahun ini. Foto Facebook Akmal Nasir
KUALA LUMPUR, 1 Nov – Pasukan Petugas Projek Perumahan Swasta dan Terbengkalai (TFST) merekodkan 655 projek perumahan dikategorikan sebagai lewat, sakit dan terbengkalai dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM79.03 bilion, setakat 30 September lepas.
Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, ia meliputi 68 projek lewat, 476 projek sakit dan 111 projek disahkan terbengkalai.
Justeru, beliau berkata, TFST mengambil pendirian bahawa kebajikan pembeli yang menjadi mangsa projek perumahan bermasalah perlu dibela dalam tempoh pemaju menyiapkan projek dikategorikan lewat, sakit dan terbengkalai itu.
“TFST boleh mempertimbangkan supaya projek di bawah program perumahan kerajaan atau pihak berkuasa negeri seperti projek-projek ini dicadangkan menerima manfaat daripada Dana Jaminan Khas berjumlah RM1 bilion seperti diumumkan dalam Belanjawan MADANI 2024 apabila diluluskan kelak.
Beliau berkata demikian semasa sidang media khas status terkini projek perumahan lewat, sakit dan terbengkalai itu setakat September tahun ini di sini pada Khamis.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
