Korban Letupan Gas Di Kenya Meningkat Kepada Enam Orang

Kebakaran letupan gas cecair meningkat kepada enam orang setakat ini. Foto AFP

NAIROBI, 5 FebAngka kematian akibat letupan gas petroleum cecair (LPG) di sini, Kenya minggu lalu meningkat kepada enam orang selepas tiga lagi maut akibat melecur.

Dalam kejadian itu, 280 orang cedera dengan 53 masih menerima rawatan di hospital.

Pada Khamis lalu, sebuah trak yang sarat dengan muatan tong LPG meletup di Embakasi, daerah sini yang padat dengan penduduk.

Setakat ini, seorang pengawal keselamatan ditahan untuk siasatan dan pemilik perniagaan sedang diburu polis.

Pemilik kepada perniagaan yang beroperasi di tapak pengisian semula dan penyimpanan LPG haram itu dilapor pernah disabitkan kesalahan serta dijatuhkan hukuman pada Mei lalu.

Kebakaran letupan gas cecair meningkat kepada enam orang setakat ini. Foto AFP

Presiden William Ruto berkata, ketidakcekapan dan rasuah menjadi punca tragedi berkenaan.

“Pegawai kerajaan mengeluarkan lesen untuk pemasangan gas di kawasan kediaman apabila sangat jelas ia adalah perkara yang salah untuk dilakukan.

“Tetapi kerana ketidakcekapan dan rasuah mereka mengeluarkan lesen. (Jadi) mereka harus dipecat dan didakwa atas jenayah yang dilakukan,” tegasnya.

Embakasi adalah kawasan perumahan dan perindustrian dengan populasi kira-kira satu juta penduduk mengikut banci 2019 yang terletak 10 kilometer dari lapangan terbang antarabangsa utama Kenya. -AFP


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *