Konflik Asia Barat: PM Anwar-Prabowo Sepakat Adakan Pertemuan Dalam Masa Terdekat

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perbualan telefon dengan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto pada 23 Mac 2026. Foto X Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 24 Mac – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto bersetuju mengatur pertemuan dalam masa terdekat bagi membincangkan perkembangan konflik di Asia Barat antara Iran-Israel serta usaha memperkukuh hubungan dua hala.

Persetujuan itu dicapai menerusi perbualan telefon antara kedua-dua pemimpin semalam yang turut menyentuh pelbagai isu semasa termasuk situasi serantau dan antarabangsa, menurut hantaran di Facebook Perdana Menteri hari ini.

“Kami bersetuju untuk mengatur pertemuan dalam masa terdekat, termasuk cadangan saya untuk berkunjung ke Jakarta sebagai langkah memperkukuh hubungan dua hala yang sedia erat.

“Kami berdua bersama menggesa kepada keamanan dan saya memaklum Presiden Prabowo bahawa Malaysia menyokong segala usaha yang menjurus ke arah perdamaian dan penyelesaian konflik tersebut,” katanya.

Anwar berkata, kedua-dua pemimpin turut bertukar pandangan mengenai konflik Iran-Israel dan menekankan kepentingan pendekatan diplomasi berterusan dalam meredakan ketegangan.

Tegas beliau, Malaysia akan terus menyokong dan memperkukuh usaha diplomasi Indonesia dalam meredakan konflik Iran-Israel.

“..(Ini) supaya ketegangan dapat diredakan, nyawa orang awam dilindungi, serta ruang rundingan yang bermakna dapat dibuka ke arah penyelesaian yang aman dan berkekalan,” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *