Konflik Asia Barat: Larangan Kapal Tangki Bawa Minyak Iran Ditarik

Sebuah kapal tangki gas petroleum cecair (LPG) bersauh di Selat Hormuz setelah Iran menyekat laluan keluar sejak 1 Mac 2026. Foto AFP
TEHRAN, 16 Mac – Komander Tentera Laut Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Laksamana Muda Alireza Tangsiri mengumumkan bahawa rampasan terhadap beberapa kapal tangki yang membawa minyak Iran di lokasi beribu-ribu kilometer dari sempadan negara itu telah ditarik balik, lapor Agensi Berita Mehr (MNA).
Dalam hantaran di akaun X miliknya, beliau menulis: “Tekad serta langkah yang diambil oleh Tentera Laut Iran dalam menghadapi musuh telah membuahkan hasil sehingga rampasan beberapa kapal tangki yang membawa minyak Iran beribu-ribu kilometer dari sempadan negara telah ditarik balik.”
“Ini bermakna ia menjadi model sebenar untuk menghapuskan ancaman dan sekatan,” tambahnya.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

