Konflik Asia Barat: 12 Maut Diserang AS-Israel Di Iran

Serangan AS-Israel menyasarkan Kampung Hizab di wilayah Markazi di tengah Iran, dengan sebuah kediaman terkena serangan itu yang mengorbankan enam orang awam pada 13 Mac 2026. Foto Al Jazeera

ANKARA, 14 Mac – Sekurang-kurangnya 12 maut dalam dua serangan berasingan oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel yang menyasarkan kawasan kediaman di tengah dan barat Iran hari ini, lapor Anadolu Ajansi.

Televisyen rasmi Iran melaporkan bahawa serangan AS-Israel menyasarkan Kampung Hizab di wilayah Markazi di tengah Iran, dengan sebuah kediaman terkena serangan itu yang mengorbankan enam orang awam serta mencederakan tujuh yang lain.

Dalam kejadian berasingan, pihak berkuasa wilayah Ilam memaklumkan bahawa satu serangan menyasarkan sebuah rumah di bandar Eyvan di barat Iran, menyebabkan letupan kuat yang memusnahkan bangunan itu.

Kapal pengangkut terbesar AS, USS Gerald R. Ford terbakar pada 13 Mac 2026 yang menggembirakan warganet.

Ia berkata, enam sekeluarga terkorban dalam serangan berkenaan, termasuk seorang bayi berusia enam bulan.

Pasukan penyelamat masih meneruskan operasi pembersihan runtuhan di lokasi kejadian di Eyvan, tambah pihak berkuasa wilayah itu. – Anadolu

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *