Klip Video Tahun Baru Cina Oleh Lai Chen Heng, Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju

Imej dari video sambutan Tahun Baru Cina oleh Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju, Lai Chen Heng yang menekankan perpaduan dan keharmonian kaum di Malaysia. Saksikan di https://youtu.be/RUsFEJd2Koo?si=v5yOw5SG9ZSMUYeo

KUALA LUMPUR, 9 Feb – Saksikan video penuh di https://youtu.be/RUsFEJd2Koo?si=v5yOw5SG9ZSMUYeo

Tidak dinafikan, Tahun Baru Cina merupakan satu sambutan penting untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa atau latar belakang.

Bagi masyarakat Cina, ia adalah perayaan yang bermakna dan sambutan tahunan yang paling penting. Dan kepada rumpun masyarakat yang lain, ia memberi cuti sambutan yang menggembirakan.

Peneroka Cina awal membawa adat resam, budaya, bahasa ibunda dan pendidikan vernakular sejak bertapak ke Tanah Melayu.

Di sebalik cabaran, masyarakat Cina amat bertuah kerana masih mengekalkan identiti unik kerana keazaman dan ketabahan mereka hidup dalam suasana harmoni berbilang kaum.

Setapak (dan Wangsa Maju) antara tempat yang terawal menjadi penempatan masyarakat Cina di Kuala Lumpur.

Imej dari video sambutan Tahun Baru Cina oleh Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju, Lai Chen Heng yang menekankan perpaduan dan keharmonian kaum di Malaysia. Saksikan di https://youtu.be/RUsFEJd2Koo?si=v5yOw5SG9ZSMUYeo

Dari Desa Setapak ke Setapak Garden, dari Teratai Mewah ke Genting Kelang, dari Batu 5 Jalan Gombak ke Kampung Lee Kong Chian (Batu 5), kebudayaan dan gaya hidup masyarakat Cina telah menjadi sebahagian daripada komuniti setempat. Masyarakat yang lain telah pun sebati dengan kewujudan masyarakat Cina dari hari pertama lagi.

Rumah ibadat, sekolah teras Cina, pasar dan aktiviti kebudayaan telah menjadi sebahagian daripada latar kehidupan masyarakat Cina. Di Wangsa Maju, terdapat tiga buah sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah berteraskan bahasa Mandarin. Apatah lagi adanya sebuah universiti tempatan yang mempunya bilangan pelajar Cina yang ramai.

KEADILAN sebagai parti politik bersifat inklusif telah lama menjunjung kepelbagaian budaya dalam pembinaan identiti nasional.

Malaysia Madani yang telah memperkasakan agenda reformasi menjadikan Wangsa Maju sebagai tempat tinggal untuk semua komuniti dapat hidup bersama.

Antara mesej yang disampaikan Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju, Lai Chen Heng sempena Tahun Baru Cina. Saksikan di https://youtu.be/RUsFEJd2Koo?si=v5yOw5SG9ZSMUYeo

Sebagai satu kawasan yang mempunyai penempatan masyarakat Cina yang ketara, Wangsa Maju menjadi sebuah contoh masyarakat muhibbah yang boleh hidup bersama di bawah satu bumbung besar.

Beribu berkat keluarga menyambut Tahun Baru (公千家福庆新春)
Maka satu tahun yang hebat akan menyerlah (正岁华年展宏图)

Rangkap ucapan rahmat ini menetapkan satu simbolik perpaduan di Wangsa Maju.

Apa khabar, saya Lai Chen Heng dari Parti KEADILAN Rakyat.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *