KKM Sasar Lebih 500 Klinik Daif Akan Dibaik Pulih Hasil Kawalan Ketirisan – Dr Zaliha

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa ketika ditemubual Sayed Munawar Sayed Mustar dalam rancangan Naratif Khas di TV1 RTM malam tadi. Foto Facebook Dr Zaliha Mustafa

KUALA LUMPUR, 1 Nov Kementerian Kesihatan (KKM) mengalakkan penyertaan klinik-klinik swasta menyertai Skim Perubatan MADANI (SPM).

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, setakat ini, lebih 185,000 rakyat telah memanfaatkan skim tersebut.

“Kita minta supaya lebih ramai rakan-rakan daripada klinik swasta ini bersama-sama kami untuk mendaftarkan klinik mereka di bawah Skim Perubatan MADANI.

“Ia akan memanfaatkan 700,000 rakyat sekiranya lebih banyak klinik swasta menyertai skim tersebut,” kata Zaliha kepada pemberita selepas menjadi tetamu rancangan Naratif Khas terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) di sini.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa ketika ditemubual Sayed Munawar Sayed Mustar dalam rancangan Naratif Khas di TV1 RTM malam tadi. Foto Facebook Dr Zaliha Mustafa

Setakat ini, sebanyak 2,000 klinik swasta telah berdaftar di seluruh negara.

Dalam pada itu, Dr Zaliha berkata sebanyak 1,200 klinik daif dikenal pasti KKM dan memerlukan penambahbaikan bagi kemudahan rakyat.

Katanya, terdapat tiga kategori klinik daif iaitu klinik yang berusia 50 tahun, klinik kurang infrastruktur dan klinik terkesan dengan bencana.

Sebagai contoh, pada tahun ini, KKM telah berjaya membaik pulih 511 klinik kesihatan dengan peruntukan sebanyak RM 111 juta, walaupun sasaran adalah 436 klinik sahaja. Dengan kawalan kepada ketirisan dan penjimatan, 75 tambahan klinik turut mendapat manfaat,” ujar beliau.

KKM menjangkakan pada akhir tahun ini klinik-klinik daif tersebut akan dapat dibaik pulih.

Tambahnya lagi, KKM mengambil masa selama 18 tahun untuk mendigitalisasikan 105 daripada 3000 klinik kesihatan di Malaysia.

Namun, pada tahun 2023 sahaja, KKM telah berjaya mendigitalisasikan 50 klinik dalam tempoh 6 minggu sahaja dengan menggunakan Cloud-based Clinic Management System (CCMS) secara langganan dengan kos tidak lebih dari RM500 sahaja sebulan.

“Saya menzahirkan ucapan terima kasih kepada YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim atas keprihatinan terhadap sektor kesihatan apabila Belanjawan sektor kesihatan diberi peningkatan yang tertinggi di antara Kementerian berbanding tahun lalu,” ujarnya lagi.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *