Kisah Di Sebalik Sambutan Tahun Baru Cina 2024 Bersama LAI

Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju, Andre Lai (empat dari kiri) bersama bekas Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew (dua dari kanan) serta ADUN Kajang, David Cheong (empat dari kanan) dan Pengerusi SWCorp, Hee Loy Sian (tiga dari kiri) hadir memeriahkan Sambutan Tahun Baru Cina 2024 KEADILAN Wangsa Maju di Tapak Pasar Pagi Prima Setapak baru-baru ini. Foto Facebook Andre Lai

KUALA LUMPUR, 19 Feb – Ucapan LAI CHEN HENG di Rumah Terbuka Sambutan Tahun Baru Cina 2024 pada 16 Februari 2024 di Pasar Pagi Prima Setapak (Teratai Mewah)

Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Tahun Baru Naga 2024.

Pertama kali, saya ingin mengalu-alukan kehadiran semua ke majlis Tahun Baru Cina anjuran bersama Persatuan Penjaja Kecil Pasar Teratai Mewah. Ramai yang bertanya mengapa memilih tapak letak kereta untuk majlis keramaian, apatah lagi risiko cuaca yang sentiasa berubah-rubah.

Untuk saya dan kawan-kawan peniaga di pasar, tempat ini mempunyai nilai sentimental. Saya masih ingat, semasa saya baru berkecimpung di Wangsa Maju sebagai pemimpin KEADILAN, pasar ini merupakan projek besar pertama yang saya uruskan bersama Datin Paduka Dr Tan Yee Kew, mantan Ahli Parlimen Wangsa Maju.

Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju, Andre Lai (empat dari kiri) bersama bekas Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew (dua dari kanan) serta ADUN Kajang, David Cheong (empat dari kanan) dan Pengerusi SWCorp, Hee Loy Sian (tiga dari kiri) hadir memeriahkan Sambutan Tahun Baru Cina 2024 KEADILAN Wangsa Maju di Tapak Pasar Pagi Prima Setapak baru-baru ini. Foto Facebook Andre Lai

Pasar ini dipindah dari tapak asal di Teratai Mewah, yang mana kini dikenal pasti sebagai salah satu stesen MRT3. Proses pemindahan cukup sukar, kerana tapak ini masa itu, adalah tanah gersang dan penuh dengan semak samun. Naiktaraf infrastruktur telah dijalankan, dan pemindahan dimuktamadkan pada 26 Julai 2018.

Pelbagai cabaran yang masih dihadapi oleh para penjaja, termasuk isu perlesenan dan penguatkuasaan DBKL. Namun, semenjak saya dilantik menjadi Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur, saya meneruskan usaha naiktaraf pasar dengan kerjasama daripada DBKL, khususnya Datuk Bandar sendiri.

Ia adalah selaras dengan aspirasi YAB Dato Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri yang telah melancarkan Lestari Niaga tahun lepas, untuk menjadikan peniaga kecil-kecilan sebagai intipati Bandaraya Kuala Lumpur.

Pasar Teratai Mewah (di tempat lama dan sekarang) secara turun-temurun telah menjadi tempat masyarakat berkumpul dan berkongsi informasi. Tradisi ini tidak harus ditelan oleh pembangunan moden.

Antara tetamu yang hadir memeriahkan Sambutan Tahun Baru Cina 2024 KEADILAN Wangsa Maju di Tapak Pasar Pagi Prima Setapak baru-baru ini. Foto Facebook Andre Lai

Tapak pasar hari ini terletak di tengah-tengah kawasan Prima Setapak, yang mempunyai komposisi penduduk berbangsa Cina yang tinggi di tempat seperti Setapak Indah Jaya dan Teratai Mewah. Tidak lama dahulu, lebih kurang 40 tahun yang lalu, sini lebih dikenali sebagai Kampung Forlong.

Peneroka awal, yang datang dari China pada zaman penjajahan memilih kawasan Setapak (kini sebahagian daripada Wangsa Maju) sebagai tempat mereka bermastautin.

Mereka juga membawa adat resam, kebudayaan, bahasa ibunda dan kepercayaan, menjadikan masyarakat Cina di Malaysia unik di mata dunia.

Di Setapak, khususnya Kampung Forlong menjadi rumah kepada peneroka masyarakat Cina awal. Meskipun kampung sudah tiada, masih lagi keturunan mereka terus menetap di flat dan kondominium yang dibina di atas kawasan kampung.

Oleh itu, saya berharap pasar ini dapat berfungsi dan terus dipelihara bagi manfaat generasi sekarang dan akan datang sesuai dengan peranannya menyatu padukan penduduk dalam satu komuniti besar di Wangsa Maju amnya.

16 Februari 2024, merupakan hari ke 7 Tahun Baru Cina. Mengikut lagenda, hari ini manusia dicipta oleh Dewi Nuwa dan ia lebih dikenali sebagai hari jadi kepada semua masyarakat Cina. Kebiasaannya, hari ini merupakan hari yang harus disambut bersama keluarga.

Antara tetamu yang hadir memeriahkan Sambutan Tahun Baru Cina 2024 KEADILAN Wangsa Maju di Tapak Pasar Pagi Prima Setapak baru-baru ini. Foto Facebook Andre Lai

Saya amat gembira melihat ramai berbilang bangsa hadir hari ini untuk menyambut bersama sambutan Hari Manusia 人日. Ini bermaksud hari ini di pasar ini, kita serumpun, sebangsa, bahkan seperti kata-kata Dato’ Seri Anwar Ibrahim, 我们都是一家人 yang bermaksud, kita semua sekeluarga. Itulah semangat inklusif KEADILAN.

Saya, LAI berdiri di atas platform ini bukan sahaja sebagai Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju, mahupun Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur ataupun penaung Pasar Teratai Mewah, saya berada di sini seperti anda semua, sebagai penduduk di Wangsa Maju.

Terima kasih kepada semua yang bertungkus lumus menjayakan program ini, seperti KRT Kg Lee Kong dan Kelab Singa Luck Ong Keong. Terima kasih kepada rata-rata 2,000 pengunjung yang hadir hari ini.

Slogan saya pakai tahun ini adalah 龙腾昌明喜迎春, membawa maksud ‘Naga Malaysia Madani membawa Berkat dan Kemakmuran’. Tahun Naga, adalah makhluk yang dikaitkan dengan simbol pembaharuan dan sentiasa ke hadapan.

Antara tetamu yang hadir memeriahkan Sambutan Tahun Baru Cina 2024 KEADILAN Wangsa Maju di Tapak Pasar Pagi Prima Setapak baru-baru ini. Foto Facebook Andre Lai

Oleh itu, saya berharap dan percaya tahun ini, akan menjadi lebih makmur di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan Malaysia Madani.

Sekali lagi, saya ucapkan Selamat Tahun Baru Cina, Salam Malaysia Madani.
龙年快乐, 龍年大吉

Sekian Terima Kasih.

LAI CHEN HENG
Penaung Pasar Pagi Prima Setapak (Teratai Mewah) merangkap
Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju
Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan
Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur

// Majlis berlangsung pada 16 Februari 2024, 5.30 petang di Tapak Letak Kereta, Pasar Pagi Prima Setapak. Tetamu Jemputan termasuk:
• Ahli-Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur,
• Datin Paduka Dr Tan Yee Kew, mantan Ahli Parlimen Wangsa Maju
• YB Hee Loy Sian, Pengerusi SWCorp
• Profesor Dr Lim Teck Ting, Pengarah Urusan SMM Group

Antara tetamu yang hadir memeriahkan Sambutan Tahun Baru Cina 2024 KEADILAN Wangsa Maju di Tapak Pasar Pagi Prima Setapak baru-baru ini. Foto Facebook Andre Lai

• Encik Ong Thiam Lai, Pengarah Urusan Village Grocer
• Datuk Sabtu Awab, Ketua Amanah Kawasan Wangsa Maju
• Carmen Leong, Ketua Wanita DAP Wilayah Persekutuan/Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur
• Jayakumar Muniandy, Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *