KIGIP Bukti Kemampuan Syarikat Bumiputera Kendali Projek Teknologi Tinggi – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyempurnakan perasmian Majlis Pecah Tanah Kerian Intergrated Green Industrial Park (KIGIP) di Ladang Tali Air pada Jumaat. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PARIT BUNTAR, 30 Ogos – Datuk Seri Anwar Ibrahim melihat pembangunan Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP) di sini sebagai satu kebanggaan bumiputera dalam mengendalikan projek industri berteknologi tinggi.

Perdana Menteri berkata, Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang dikendalikan oleh sebuah badan bumiputera, KIGIP merupakan sesuatu baru di rantau ini dan satu-satunya berteknologi tinggi (high tech) hijau yang ulung di Asia Tenggara.

Kata Anwar, tanggungjawab kepada PNB dan syarikatnya, SD Guthrie untuk mengendalikan projek itu juga adalah satu bentuk dasar bumiputera yang sebenar, berbanding sekadar hanya laungan ‘Melayu, Melayu’ tetapi akhirnya mengetepikan Melayu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba menyempurnakan perasmian Majlis Pecah Tanah Kerian Intergrated Green Industrial Park (KIGIP) di Ladang Tali Air pada Jumaat. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Kita mahu projek ini dijalankan sebagai satu contoh di mana syarikat utama bumiputera boleh kendalikan dengan sebaiknya, dan tentunya juga melibatkan penyertaan bukan bumiputera.

“Tetapi ini satu-satunya projek raksaksa high tech, green (hijau) yang dikendali oleh syarikat di bawah payung PNB dan ini bagi saya suatu perubahan dan peralihan yang sangat bermakna bagi kepentingan masyarakat bumiputera dan bagi negara Malaysia,” katanya semasa memberi ucaptama majlis pecah tanah KIGIP di sini hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meneliti replika tapak projek selepas menyempurnakan perasmian Majlis Pecah Tanah Kerian Intergrated Green Industrial Park (KIGIP) di Ladang Tali Air pada Jumaat. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Dalam pada itu, Perdana Menteri juga melihat KIGIP sebagai projek industri antara terbesar di Malaysia yang dikendalikan oleh syarikat bumiputera, menjadi landasan memajukan sebuah kawasan terpencil dan kurang membangun.

Beliau mahu projek itu dikendalikan tanpa menyisihkan penduduk setempat daripada menyertai aktiviti ekonomi dan peluang pekerjaan yang tercipta.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *