Kewujudan NSRC Penting Bagi Sedarkan Orang Awam Jenayah Dalam Talian – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir bagi merasmikan Pusat Respons Penipuan Nasional (NSRC) di Aras 17, Menara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Cyberjaya pada 3 Mac 2026. Foto PMO

CYBERJAYA, 3 Mac – Isu jenayah penipuan dalam talian menjadi agenda utama kerajaan termasuk meningkatkan kesedaran umum betapa seriusnya gejala berkenaan dalam masyarakat, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, usaha meningkatkan kesedaran awam berkenaan penting bagi mengurangkan statistik jenayah yang dilihat sama penting dengan jenayah fizikal seperti rasuah dan penyeludupan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir bagi merasmikan Pusat Respons Penipuan Nasional (NSRC) di Aras 17, Menara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Cyberjaya pada 3 Mac 2026. Foto PMO

Selain itu, Perdana Menteri juga mahu tindakan penguatkuasaan ditekankan termasuk pemantapan operasi melalui Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir bagi merasmikan Pusat Respons Penipuan Nasional (NSRC) di Aras 17, Menara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Cyberjaya pada 3 Mac 2026. Foto PMO

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata amanat ringkas Perdana Menteri itu disampaikan kepada petugas NSRC sewaktu melawat pusat operasi berkenaan di Aras 17, Menara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), di sini, hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir bagi merasmikan Pusat Respons Penipuan Nasional (NSRC) di Aras 17, Menara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Cyberjaya pada 3 Mac 2026. Foto PMO

Mengulas lanjut, beliau berkata Perdana Menteri mahu penganjuran program kesedaran awam dipergiat dan diperluaskan bagi memastikan rakyat tidak mudah menjadi mangsa penipuan dalam talian.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir bagi merasmikan Pusat Respons Penipuan Nasional (NSRC) di Aras 17, Menara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Cyberjaya pada 3 Mac 2026. Foto PMO

“Perdana Menteri menekankan tentang peri pentingnya program meningkatkan kesedaran agar kita jangan sampai terlibat (jadi mangsa penipuan) (yang) kadang-kadang didorong oleh sikap tamak ataupun tawaran-tawaran yang dianggap sebagai sangat lumayan hasilnya kalau ikut serta,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir bagi merasmikan Pusat Respons Penipuan Nasional (NSRC) di Aras 17, Menara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Cyberjaya pada 3 Mac 2026. Foto PMO

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran pusat operasi NSRC oleh Perdana Menteri, di sini hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir bagi merasmikan Pusat Respons Penipuan Nasional (NSRC) di Aras 17, Menara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Cyberjaya pada 3 Mac 2026. Foto PMO

Hadir sama Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *