Keutuhan Maruah, Kekuatan Melayu Atas Asas Nilai Islam – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Syarahan Perdana Profesor Diraja Tan Sri Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas "Islam: The Covenant Fulfilled" di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur pada 26 Januari 2025. Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 26 Jan – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keutuhan maruah dan kekuatan sedia ada masyarakat Melayu dibina atas asas nilai agama Islam.

Menurut Perdana Menteri, ini adalah satu daripada aspek yang perlu terus dijulang sehingga hari ini dan ia telah diketengahkan dalam beberapa buku yang ditulis oleh ilmuan negara Prof Diraja Tan Sri Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas.

“Ini adalah satu aspek yang perlu terus dijulang, terutamanya pada ketika ini, dan bukannya masih khayal dengan ‘Melayu hilang kuasa’ atau mendabik dada dengan ‘Ketuanan Melayu’,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Syarahan Perdana Profesor Diraja Tan Sri Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas “Islam: The Covenant Fulfilled” di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur pada Ahad. Foto Muhammad Ariff

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis Syarahan Perdana ‘Islam: The Covenants Fulfilled’ oleh Syed Muhammad Naquib di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini malam ini.

Turut hadir Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan Prof Dr Alparslan Acikgenc dari Universiti Ibn Khaldun, Turkiye.

Beliau berkata karya agung Syed Muhammad Naquib bertindak sebagai peringatan, mengenai masa depan Islam yang berkaitan dengan kehidupan berdasarkan penguasaan menyeluruh nilai-nilai ketamadunan yang berteraskan keadilan, budaya, kebebasan, moral dan kemajuan masyarakat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjunjung kasih KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim atas perkenan mengurniakan watikah pelantikan Profesor Diraja kepada filasuf dan ilmuwan ulung, Tan Sri Prof Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas pada 23 Oktober 2024. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Paling utama, adalah seruan untuk mengatasi kejahilan dengan pengetahuan, untuk beralih dari kegelapan kepada cahaya, dan semua ini menjadi agenda utama yang sangat penting untuk tamadun yang mulia dan hebat,” katanya.

Anwar berkata kerajaan akan mengambil inisiatif untuk menambah baik Perpustakaan Syed Muhammad Naquib Al-Attas di Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC) dengan koleksi semasa berjumlah lebih 150,000 naskhah buku.

“Mari kita doakan agar generasi akan datang mendapat inspirasi dan mendapat manfaat daripada ilmuan Islam kita, guru kita yang cemerlang, yang dikasihi Prof Diraja Naquib Al-Attas,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjunjung kasih KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim atas perkenan mengurniakan watikah pelantikan Profesor Diraja kepada filasuf dan ilmuwan ulung, Tan Sri Prof Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas pada 23 Oktober 2024. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Sebagai seorang murid setia Syed Muhammad Naquib, Anwar berkata ulama itu memberi inspirasi kepadanya untuk pergi lebih jauh, keluar dari zon selesa buku dan pengajiannya, dan mengambil tindakan untuk menjayakan sesuatu.

Beliau berkata buku-buku ulama berkenaan mengenai Islam dan Sekularisme yang diterbitkan lebih empat dekad lepas, mempunyai kesan berpanjangan dalam dirinya dan beliau percaya ia kekal relevan sehingga kini.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *