Kesudian PM Anwar Santuni Pelajar Tahfiz, Penduduk Kajang Contoh Keharmonian Rakyat – Andre Lai

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua dari kiri) bersama ADUN Kajang David Cheong (kanan) dan Andre Lai (kiri) hadir pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Perdana Menteri di Masjid Ashabus Solihin, Taman Rakan, Kajang hari ini. Foto Kamarul

KAJANG, 27 MacPerdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa berbuka puasa di Masjid Ashabus Solihin, Kajang dalam Majlis Berbuka Puasa Bersama Perdana Menteri, hari ini.

Ini merupakan tahun kedua penganjuran seumpamanya diadakan dan kali ini lebih meriah dengan kehadiran para pelajar tahfiz yang disantuni Perdana Menteri.

Beliau tiba kira-kira pukul 6.50 petang dan bertanya khabar kepada hadirin termasuk 75 orang pelajar Tahfiz Pondok Tok Mengkarak yang tiba dari Bera, Pahang.

Ketibaan beliau disambut ADUN Kajang, David Cheong; Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan; Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar dan Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan, Andre Lai.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua dari kiri) bersama ADUN Kajang David Cheong (kanan) dan Andre Lai (kiri) hadir pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Perdana Menteri di Masjid Ashabus Solihin, Taman Rakan, Kajang hari ini. Foto Kamarul

Turut hadir Pengerusi SWCorp Hee Loy Sian yang juga bekas ADUN Kajang serta para tetamu jemputan kira-kira 700 orang.

Menurut Andre Lai, kesudian Perdana Menteri hadir dan beramah mesra bersama para pelajar tahfiz sememangnya menunjukkan rasa cinta beliau kepada ilmu dan mereka yang mengamalkannya terutama sekali di bulan Ramadan.

”Kesempatan menghadiri majlis berbuka puasa jelas dimanfaatkan Perdana Menteri bagi meraikan para pelajar tahfiz dari Bera, Pahang yang menjadi bukti kecintaan beliau terhadap pengamal ilmu serta masyarakat setempat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua dari kiri) bersama ADUN Kajang David Cheong (kanan) dan Andre Lai (kiri) hadir pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Perdana Menteri di Masjid Ashabus Solihin, Taman Rakan, Kajang hari ini. Foto Kamarul

”Ternyata kehadiran hampir 1,000 penduduk sekitar Kajang dan Bangi juga bersama Perdana Menteri memberi inspirasi bahawa keharmonian dan perpaduan amat dititik beratkan beliau setiap kali berada bersama rakyat,” ujar beliau.

Pada majlis hari ini, Anwar menghadiri program agihan 1,000 pek bubur lambuk kepada penduduk sekitar Taman Rakan Sg Long, di sini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Perdana Menteri di Masjid Ashabus Solihin, Taman Rakan, Kajang hari ini. Foto Kamarul

Anwar kemudian menunaikan solat Maghrib berjemaah bersama kira-kira 700 ahli kariah serta penduduk sekitar serta bersalaman dengan rakyat pelbagai kaum yang hadir.

Usai solat, beliau sekali lagi menyantuni anak-anak kecil yang ingin mengabadikan kenangan bersama Perdana Menteri dengan mengunjungi khemah yang disediakan.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *