Kes Anak MB Perlis, Menantu Abdul Hadi Boleh Jejas Imej ‘Bersih’ Pas

Tuduhan memalsukan tuntutan yang dikenakan terhadap anak MB Perlis yang juga menantu Presiden Pas tembah memburukkan imej parti itu termasuk Perikatan Nasional (PN) di mata rakyat. Foto Halili

KUALA LUMPUR, 24 Mei – Penganalisis berkata, pendakwaan terhadap anak Menteri Besar Perlis, Shukri Ramli atas pertuduhan memalsukan tuntutan boleh menjejaskan reputasi Pas sebagai parti “bersih”.

Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata, Pas sebelum ini dilihat tidak tercemar dengan rasuah ketika berada dalam kerajaan, tidak seperti parti lain yang pemimpin mereka dihadapkan ke mahkamah.

Berdasarkan senario itu, katanya, bukan saja Perikatan Nasional (PN) akan terkesan, Pas yang dikenali parti ‘bersih’ juga akan terjejas.

Tuduhan memalsukan tuntutan yang dikenakan terhadap anak MB Perlis yang juga menantu Presiden Pas tembah memburukkan imej parti itu termasuk Perikatan Nasional (PN) di mata rakyat. Foto Halili

“Pas akan merasa sukar untuk bercakap mengenai rasuah selepas ini,” katanya kepada FMT.

Semalam, Syafeeq Shukri mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu lebih RM19,000 untuk menyediakan minuman bagi kegunaan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail pada Februari lalu.

Azmi yang juga felo Majlis Profesor Negara mencadangkan ahli Pas patut mendesak Shukri berundur bagi mengelakkannya terus memalukan parti itu.

Anak Menteri Besar Perlis yang juga menantu Presiden Pas, Syafeeq Mohd Shukri ketika tiba di Mahkamah Sesyen Kangar atas pertuduhan tuntutan palsu. Foto BH

Mohd Shukri juga menggalas tugas sebagai Pesuruhjaya Pas Perlis dan Pengerusi PN negeri.

Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) turut senada perkembangan itu mungkin memberi kesan negatif terhadap Pas memandangkan kes rasuah dalam PN sebelum ini sering dikaitkan dengan Bersatu.

Beberapa pemimpin Bersatu terbabit kes rasuah, seperti Presidennya, Muhyiddin Yassin dan Ahli Majlis Pimpinan Tertingginya, Wan Saiful Wan Jan.

Tetapi, Mazlan berkata, tidak adil untuk memaksa Shukri melepaskan jawatan menteri besar memandangkan kes itu hanya membabitkan anaknya.

“Lain cerita jika menteri besar itu yang didakwa. Ini (anaknya didakwa) tidak menjejaskan tugasnya sebagai menteri besar,” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *