Kerja Lebih Kuat Pada 2024 Demi Kemaslahatan Rakyat – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan perutusan sempena Tahun Baharu 2024, malam ini. Foto X Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 31 DisPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu semua anggota pentadbiran dalam Kerajaan Perpaduan pimpinannya bertekad untuk bekerja lebih kuat dah gigih pada 2024.

Anwar merangkap Menteri Kewangan mengakui masih belum berpuas hati walaupun sedikit kejayaan dicapai dalam tempoh yang singkat sepanjang tahun ini.

Anwar berkata, antara kejayaan yang dicatatkan adalah penurunan inflasi ke tahap dua peratus serta kadar pengangguran yang terendah, selain ekonomi berkembang dan bertahan pada kadar empat peratus.

“Namun, ukuran sebenar adalah tentang kemaslahatan, kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

“Mungkin peratus rendah tetapi bagi yang tertekan, dengan kehidupan dan kos sara hidup, ia mesti segera ditangani,” katanya dalam perutusan sempena Tahun Baharu 2024, malam ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan perutusan sempena Tahun Baharu 2024, malam ini. Foto X Anwar Ibrahim

Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) menambah, suasana ketidaktentuan pada beberapa tahun sebelum ini adalah pedoman terbaik bahawa pentadbirannya harus bekerja sebagai satu pasukan berkelanjutan dari asas politik yang kukuh.

“Ini hanyalah mukadimah kepada jalan panjang ke arah reformasi, dan kita semestinya tidak boleh terpukau kerana sekiranya terpukau, kita akan lena,” jelasnya.

Sementara itu, menerusi rakaman video yang dikongsi dalam hantaran yang sama, Anwar berkata, ukuran kejayaan yang sebenar adalah bekerja sebagai satu pasukan dalam menangani isu-isu yang asas untuk rakyat dan negara.

Menurut beliau, tindakan yang pertama adalah memacu pertumbuhan ekonomi dengan memperbetulkan tata kelola.

“Alhamdulillah dengan kecekalan, beberapa agensi penguatkuasaan kita lihat dengan beberapa penerobosan, langkah-langkah yang menggemparkan termasuk bertindak terhadap penguasa yang maha kaya di negara kita yang diketahui umum telah menggondol kekayaan yang luar biasa.

“Tahniah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” jelasnya.

Anwar memberitahu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah berjaya mengekang sindiket dadah yang besar di Sabah yang tidak diambil tindakan berkesan sebelum ini.

Beliau turut menyatakan penghargaan kepada agensi-agensi kerajaan yang lain seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Kementerian Luar atas prestasi memberangsangkan tahun ini.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *