Kerajaan Tanggung Subsidi Diesel Lebih RM1 Bilion Sebulan – PM Anwar

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan perkara itu menerusi jawapan bertulis yang disiarkan di laman web rasmi Parlimen hari ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 2 Nov – Kerajaan dijangka menanggung perbelanjaan subsidi diesel secara purata melebihi RM1 bilion sebulan atau bersamaan RM14 bilion bagi tahun ini kata Datuk Seri Anwar Ibrahim

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata perbelanjaan itu diunjur berdasarkan senario semasa.

“Selanjutnya, jumlah keseluruhan subsidi yang telah ditanggung oleh kerajaan ke atas produk diesel bagi 2018 sehingga 2022 adalah melebihi RM35 bilion.

“Daripada jumlah itu, sebanyak RM3.9 bilion dibelanjakan untuk super subsidi diesel sektor perikanan dan hampir RM1 bilion bagi pengangkutan awam.

“Manakala bagi sektor kenderaan barangan, tidak diperuntukkan harga super subsidi memandangkan harga belian diesel adalah sama dengan harga runcit diesel di stesen minyak,” katanya dalam jawapan bertulis yang diterbitkan di laman web Parlimen semalam.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Wong Shu Qi (PH-Kluang) yang meminta kerajaan menyatakan jumlah subsidi diesel yang dibelanjakan setiap tahun bermula 2018 sehingga kini.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan perkara itu menerusi jawapan bertulis yang disiarkan di laman web rasmi Parlimen hari ini. Foto Bernama

Ia sama ada membabitkan sektor perikanan, kenderaan perdagangan dan persendirian termasuk mahu kerajaan memberi pencerahan, apakah impak kepada kedudukan kewangan negara sekiranya subsidi diesel diteruskan.

Perdana Menteri berkata, tujuan pemberian subsidi itu adalah bagi mengelakkan pengguna terkesan dengan kenaikan harga pasaran sebenar produk petroleum di peringkat global.

Ketika ini, beliau berkata harga jualan runcit diesel ditetapkan pada kadar RM2.15 seliter ketimbang harga pasaran iaitu RM3.75 seliter.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *